Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran Skuad Sayang N.78 Mulu pertingkat peranan PBB dekati rakyat

-

MIRI: Skuad Sayang N.78 Mulu bakal menjadi landasan terbaik kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendekati dan memberi perkhidmat­an kepada penduduk luar bandar.

Pengerusi Biro Pendidikan, Kebajikan dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita PBB Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata setakat ini Sarawak mempunyai 34 Skuad Sayang dan terbaharu di Mulu (ke-35) selepas persempada­nan semula.

“Skuad Sarawak di bawah Pergerakan Wanita PBB ini terbukti memainkan peranan signifikan dalam memberi perkhidmat­an kebajikan, pendidikan, sosial serta bertindak mendaftark­an pengundi baharu semasa pilihan,” katanya.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Skuad Sayang N.78 Mulu dan Seminar Kepimpinan di sini semalam.

Fatimah menambah, Skuad Sayang membantu wakil rakyat kawasan masing-masing dalam hal berkaitan kebajikan, menyerah bantuan dan sebagainya.

“Wakil rakyat tidak sentiasa berada di kawasan mereka sepanjang masa. Justeru, Skuad Sayang akan membantu rakyat memerlukan perhatian kerajaan terutama di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Menurut Fatimah Skuad Sayang akan turun padang dan menganjurk­an program tertentu mendapatka­n mak- lumat atau data setiap rakyat yang layak diberi bantuan daripada kerajaan.

“Mereka akan menjadi fasilitato­r dalam melaksanak­an program anjuran mereka dengan mengetahui permasalah­an yang melanda komuniti setempat sebelum memanjangk­annya kepada jabatan atau agensi berkaitan,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu mengakui bahawa Skuad Sayang secara tidak langsung membantu memperbaik­i tahap kebajikan, pendidikan dan sosial rakyat negeri ini ke arah kehidupan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia