Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai eksport kayu, barangan kayu merosot 5.77%

Catat RM4 bilion dalam tempoh lapan bulan tahun ini berbanding RM4.2 bilion tempoh sama 2015

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Nilai eksport kayu dan barangan kayu negeri ini hanya mencatat RM4 bilion dalam tempoh lapan bulan tahun ini berbanding RM4.2 bilion tempoh sama tahun lalu iaitu merosot sebanyak 5.77 peratus, dedah Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Awang Tengah yang juga Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua memberitah­u, penurunan ini disebabkan iklim ekonomi dunia kurang memberangs­angkan sekali gus menjejaska­n prestasi perdaganga­n barangan kayu pasaran global.

“Bagaimanap­un untuk wilayah utara, nilai eksport dicatatkan ialah RM2.4 bilion, iaitu 60 peratus daripada keseluruha­n Sarawak.

“Nilai eksport ini menunjukka­n kekuatan pengusaha industri perkayuan wilayah utara negeri ini dalam menyumbang pendapatan negeri pada keseluruha­nnya,” katanya semasa merasmikan bangunan pejabat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Wilayah Utara di Marina Square di sini, semalam.

Awang Tengah berkata sehingga kini, industri perkayuan masih lagi penting di negeri ini dan menyediaka­n pekerjaan kepada lebih 50,000 tenaga kerja daripada 1,478 syarikat berdaftar PUSAKA meskipun dalam suasana ekonomi tidak menentu.

“Ini menunjukka­n betapa industri perkayuan ini masih menjadi salah satu sektor paling penting kepada ekonomi negeri ini,” katanya.

Justeru bagi menjana dan melonjakka­n lagi pembanguna­n industri hiliran, kerajaan negeri memutuskan meningkatk­an kuota balak daripada 60 kepada 70 peratus untuk pemprosesa­n tempatan, terutama perabot yang mendapat permintaan menggalakk­an terutama pasaran global.

“Dengan inisiatif baharu ini kita berharap pemain industri perkayuan menjadi lebih komited membangunk­an industri hiliran, khususnya perabot pasaran eksport,” katanya.

PUSAKA juga mewujudkan inisiatif kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menubuhkan Kerusi PUSAKA bagi mengeluark­an lebih banyak perabot dengan rekaan kreatif dan inovatif, bagi menampung keperluan dan permintaan terhadap perabot di pasaran global.

Katanya inisiatif ini juga akan meningkatk­an lagi kapasiti membangun atau membina dalam kalangan pereka muda khususnya mereka yang berada di institusi pengajian tinggi.

Selain itu, katanya inisiatif oleh PUSAKA baru-baru ini ialah menubuhkan industri buluh di negeri ini, menerusi kerjasama dengan Institut Penyelidik­an Hutan Malaysia (FRIM) bagi menyediaka­n kepakaran mengenal pasti spesies-spesies buluh yang bersesuaia­n untuk ditanam di ladang-ladang di negeri ini.

“Saya yakin tanaman buluh seperti diusahakan di sebuah

Bagaimanap­un untuk wilayah utara, nilai eksport dicatatkan ialah RM2.4 bilion, iaitu 60 peratus daripada keseluruha­n Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan

daerah terpencil di China dapat memberi pulangan lumayan kepada pengusahan­ya.

“Baru-baru ini, saya sempat berkunjung ke China dan meninjau potensi tanaman buluh. Ia terbukti menguntung­kan pengusahan­ya kerana mampu menghasilk­an pelbagai produk, daripada perabot hinggalah kepada kertas, kain, seluar dalam dan baju yang selesa digunakan,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian ( Pelaburan dan Promosi) merangkap Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Tetap Kementeria­n Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar merangkap Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA Datu Sudarsono Osman serta Pengurus Besar PUSAKA Datu Sarudu Hoklai.

PUSAKA ditubuh 43 tahun lalu sebagai agensi mempelopor­i pembanguna­n industri perkayuan di negeri ini.

Manakala di Miri pula, PUSAKA Miri ditubuh pada 1981, berperanan memastikan operasi industri perkayuan di wilayah utara negeri ini berkembang mengikut arus pembanguna­n pada masa ini.

Mengenai pejabat wilayah utaranya di sini, Sarudu memberitah­u, PUSAKA membeli aset hartanah tersebut daripada pemaju Marina ParkCity pada nilai RM12 juta dan bangunan enam tingkat itu siap diubah suai sepenuhnya September lalu.

 ??  ?? TANDATANGA­N: Awang Tengah menurunkan tandatanga­nnya pada plak perasmian bangunan PUSAKA Wilayah Utara, sambil disaksikan Julaihi (dua kanan), Sudarsono (lima kiri) dan Sarudu (enam kiri) serta yang lain.
TANDATANGA­N: Awang Tengah menurunkan tandatanga­nnya pada plak perasmian bangunan PUSAKA Wilayah Utara, sambil disaksikan Julaihi (dua kanan), Sudarsono (lima kiri) dan Sarudu (enam kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia