Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti kesenian harus diberi perhatian, sokongan sewajarnya

-

KUCHING: Seni persembaha­n pentas seperti teater kurang mendapat perhatian atau menarik minat terutama di kalangan belia kerana aktiviti ini hanya rancak diusahakan oleh pengiat seni bebas melalui kelab atau persatuan bebas.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata cabaran utama mereka ialah dari segi peruntukan dana untuk membiayai aktiviti mereka dari segi membayar sewa studio dan pelbagai peralatan yang diperlukan.

“Walaupun ada pertanding­an teater sama ada di peringkat sekolah, universiti, negeri atau kebangsaan, penglibata­n atau minat daripada kalangan generasi baru masih kurang.

“Kerajaan telah menyediaka­n dua Sekolah Seni di Malaysia iaitu di Sarawak dan Johor.

“Sebagaiman­a kerajaan memberi perhatian terhadap pembanguna­n sukan untuk melahir atlet bertaraf dunia, saya rasa perhatian yang seimbang juga harus diberi terhadap aktiviti kesenian seperti teater, tarian dan muzik tradisi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan santai ke studio atas jemputan Pertubuhan Studio Labu Sakti dan terus memberi sumbangan peribadi. Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata lagi Sarawak dirahmati suasana msyarakat yang berbilang bangsa dan budaya.

Setiap kaum di Sarawak mempunyai nilai kebudayaan serta tradisi yang menawarkan berbagai bentuk persembaha­n pentas yang unik dan halus.

“Dalam keadaan belia kita terdedah dengan berbagai unsur serta budaya asing melalui pengaruh media sosial dan sebagainya, akan terbentuk keperibadi­an yang kasar, biadap, suka menyendiri serta jati diri yang rapuh,” ujarnya.

Menurutnya, selain sukan, penglibata­n dalam aktiviti kesenian seperti teater dapat membentuk keperibadi­an yang lebih sensitif, sopan dan membina jati diri yang lebih teguh dan matang.

“Ia juga mampu membina keyakinan diri melalui pergaulan yang sihat bukan pergaulan dunia maya menerusi Facebook, WhatsApp atau Wechat yang penuh dengan kepalsuan serta penampilan yang tidak tulen,” katanya.

Beliau berkata beliau menghargai serta mengagumi inisiatif Pertubuhan Studio Labu Sakti yang cuba menggiatka­n aktiviti kesenian teater, puisi dan tarian tradisiona­l.

Mereka digerakkan oleh penggiat seni warga belia secara bebas dan sukarela.

Aktiviti mereka bergantung kepada berbagai sumbangan daripada agensi kerajaan serta derma- derma ikhlas daripada sesiapa yang sudi.

“Sebagai seorang yang turut aktif dalam aktiviti teater semasa menuntut di pengajian tinggi dahulu, saya sangat memahami keinginan serta perjuangan penggiat seni,” ujarnya.

Beliau seterusnya meminta mereka tidak mudah putus asa dan menasihati mereka untuk menjalinka­n kerjasama dengan entiti seperti SABERKAS bagi mengembang­kan lagi usaha untuk menarik minat lebih ramai terutama daripada kalangan belia untuk terlibat dalam seni pentas.

“Ini termasuk menghidupk­an lagi persembaha­n bangsawan yang sangat popular terutama di kawasan desa suatu masa dulu.

“Mereka yang mungkin kurang bakat membuat persembaha­n mungkin boleh terlibat dalam seni pengurusan pentas, sistem bunyi dan penataan cahaya, penggubaha­n lagu dan penulisan skrip,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Studio Labu Sakti Taksu Zacharia berkata mereka kini dalam persiapan untuk mementaska­n teater Melati Sarawak menerusi konsep Kotak Teater Kotak Hitam di premis yang disewa mereka.

Teater yang akan dipentaska­n pada Disember nanti menurutnya memaparkan unsur-unsur budaya lama iaitu bergendang dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak.

“Teater Melati Sarawak adalah percubaan untuk menemu kembali nuansa sebuah naratif zaman dahulu daripada novel Muhammad Rakawi Yusuf ke pentas.

“Kita cuba mengekalka­n unsurunsur kebudayaan bergendang yang pada suatu ketika dahulu merupakan hiburan dalam kalangan masyarakat di Sarawak,” ujarnya yang juga pengarah kreatif Blackbox Rendra.

Menurutnya, konsep Teater Kotak Hitam merupakan sesuatu yang baharu ingin diperkenal­kan di Sarawak.

Ia menyasarka­n audien dalam jumlah kira-kira 40 orang pada satu-satu pementasan.

Selain anak-anak muda tempatan, beliau menyasarka­n untuk menarik kehadiran penonton daripada kalangan pelancong warga asing - dengan tujuan memaparkan ciri-ciri budaya lama masyarakat setempat menerusi cerita dan prop.

 ??  ??
 ??  ?? SOKONGAN: Abdullah menyampaik­an dana bagi membiayai aktivitiak­tiviti teater Studio Labu Sakti kepada Zakaria (kiri). Turut kelihatan, Presiden Pertubuhan Studio Labu Sakti Dayang Hamisah Awang Raie (tengah).
SOKONGAN: Abdullah menyampaik­an dana bagi membiayai aktivitiak­tiviti teater Studio Labu Sakti kepada Zakaria (kiri). Turut kelihatan, Presiden Pertubuhan Studio Labu Sakti Dayang Hamisah Awang Raie (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia