Utusan Borneo (Sarawak)

Polis digalak kekal amalan menjaga kesihatan

Lima peratus daripada lebih 600 anggota polis, kakitangan awam di IPD Sibu alami masalah obesiti

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Tidak dinafikan terdapat masalah berat badan warga polis dan kakitangan awam bertugas di sini, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Koo.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima lima unit alat penimbang daripada Komuniti Rukun Tetangga Lanang di bilik gerakan IPD Sibu semalam.

“Kakitangan diberi galakan termasuk yang tidak mempunyai masalah berat badan supaya sentiasa menjaga kesihatan,” katanya sambil menambah, lima peratus daripada lebih 600 anggota polis dan kakitangan awam di IPD Sibu mempunyai masalah obesiti.

Sehubungan itu, katanya Program ‘Trim and Fit’ yang telah lancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini diperluas ke sini sejak Jun lalu sebagai menyahut cabaran menurunkan berat badan bagi menjamin kesi-

Kakitangan diberi galakan termasuk yang tidak mempunyai masalah berat badan supaya sentiasa menjaga kesihatan. ” Superinten­den Martin Koo Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu

hatan warga PRDM.

“Kita telah menubuhkan lapan kumpulan dalam kalangan warga polis di sini untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti fizikal setiap minggu,” jelasnya.

Katanya antara aktiviti diadakan termasuk ‘jungle trekking’, tarik tali, larian baton (2.4 km) dan menolak kenderaan (Landrover).

“Aktiviti fizikal menolak Landrover sejauh 50 meter ke hadapan dan belakang merupakan antara aktiviti yang lebih lasak lagi,” katanya.

Katanya aktiviti minggu berkenaan merupakan hasil idea Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah bertujuan mengekalka­n tahap kesihatan dan mewujudkan kerjasama berpasukan dalam pasukan polis.

Martin turut mengucapka­n penghargaa­n bagi pihak Ketua Polis Daerah kepada KRT Lanang atas sumbangan tersebut sebagai motivitasi kepada warga polis yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Pengerusi KRT Lanang Kapitan Eric Wong berkata sumbangan adalah sebagai menyahut seruan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam menyokong kempen antiobesit­i dalam kalangan warga polis.

 ??  ?? SUMBANGAN IKHLAS: Eric (tengah) serta rombongan ketika menyampaik­an lima unit alat penimbang kepada Martin di Bilik Gerakan IPD Sibu semalam.
SUMBANGAN IKHLAS: Eric (tengah) serta rombongan ketika menyampaik­an lima unit alat penimbang kepada Martin di Bilik Gerakan IPD Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia