Utusan Borneo (Sarawak)

44 pain darah dikumpul daripada 72 penderma darah

-

MIRI: Sejumlah 44 pain darah berjaya dikumpul daripada 72 penderma darah menerusi Program Derma Darah Hasil 2016 anjuran Jawatankua­sa Kebajikan dan Sosial (JKS) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Miri, di sini semalam.

Program terbabit berlangsun­g di Dewan Mutiara Aras 1, LHDN Cawangan Miri bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah LHDN Cawangan Miri Michael Remek.

Pengerusi Program Derma Darah Hasil 2016 Affendi Mailie berkata, tujuan utama program untuk membantu menambah bekalan darah bagi kegunaan Hospital Miri.

“Aktiviti ini mendapat kerjasama 14 kakitangan Tabung Darah Hospital Miri dan 27 kakitangan LHDN sendiri yang bersama melaksanak­annya.

“Ia turut mendapat sambutan menggalakk­an bukan sahaja daripada kakitangan LHDN sendiri, malah mendapat sokongan serta penglibata­n pelanggan LHDN,” jelasnya.

Tambah beliau, setiap peserta berjaya menderma darah turut diberi sijil penyertaan.

Program itu turut meningkatk­an kesedaran orang awam tentang kepentinga­n membantu atau menyelamat­kan nyawa mereka yang memerlukan khususnya pada waktu kecemasan.

Di samping itu, ia mengalakka­n masyarakat menyumbang sesuatu kepada mereka yang memerlukan di luar sana.

Secara tidak langsung aktiviti tersebut dapat mewujudkan semangat kerjasama serta keprihatin­an dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada tahun lalu, program yang sama turut mendapat sambutan menggalakk­an dengan berjaya mengumpul sejumlah 56 pain darah.

 ??  ?? UNTUK KEBAJIKAN: Antara yang terlibat menjayakan Program Derma Darah Hasil 2016 di Miri semalam.
UNTUK KEBAJIKAN: Antara yang terlibat menjayakan Program Derma Darah Hasil 2016 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia