Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM harus terus konsisten melaksanak­an tugas

Undang-undang harus diguna untuk semua individu tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik

-

KUCHING: Meskipun Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) wajar dipuji atas kejayaan membongkar skandal rasuah di Sabah, namun badan itu harus terus konsisten dalam melaksanak­an tugas, kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian.

Menurut beliau, undangunda­ng harus digunakan untuk semua individu tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik.

“Di Sarawak, janganlah kita berpura-pura tidak tahu dan mengalami sindrom ingatan jangka pendek - kita juga mempunyai ahli politik dan penjawat awam yang dicemari rasuah.

“Perbezaann­ya adalah kegiatan mereka belum dibongkar, atas apa jua sebab,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata, portal berita atas talian Sarawak Report banyak menyalur maklumat mengenai rasuah di Sarawak, sebelum mengalihka­n tumpuan untuk mendedahka­n skandal 1MDB.

Menurut beliau, banyak laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap pegawai tinggi kerajaan di Sarawak tetapi sehingga kini, tidak ada tindakan diambil.

“Apabila orang tidak dilayan secara sama rata, mereka mempunyai hak untuk berasa sangsi dengan motif tindakan yang sedang diambil.

“Undang- undang mesti digunakan secara menyeluruh, bukan secara terpilih,” katanya.

Baru berkata inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam mendapatka­n ikrar integriti dari- pada menteri dan kakitangan awam negeri sememangny­a dipuji oleh ramai pihak.

Walaupun ikrar integriti adalah sesuatu yang baik namun katanya, ia juga merupakan petunjuk keruntuhan moral dan etika apabila Ketua Menteri memerlukan menteri- menteri dan para penjawat awam untuk menandatan­gani ikrar tersebut.

Bagaimanap­un katanya, integriti merupakan sifat semula jadi yang wujud sama ada seseorang individu miliki atau tidak, dan menandatan­gani ikrar tidak menerapkan integriti jika seseorang tidak memiliki sifat tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang mengeluark­an amaran, seperti guru memberi amaran kepada pelajar- pelajar sekolah, juga tidak membantu mengukuhka­n keyakinan terhadap para menteri dan penjawat awam lain, katanya lagi.

“Dalam ikrar integriti, pepatah ini adalah benar; tindakan adalah lebih lantang daripada kata- kata,” katanya.

Kejayaan membongkar rasuah berjuta- juta ringgit di Sabah turut menimbulka­n respons bercampur aduk daripada orang ramai serta ahli politik.

Semalam, The Borneo Post mengadakan tinjauan bagi mendapatka­n pendapat beberapa individu jika skandal rasuah itu akan memberi impak kepada Sarawak dan politiknya, serta mengetenga­hkan ikrar integriti penjawat awam dan tanpa syak lagi, kes itu pasti mempunyai kesan ke atas persepsi terhadap kerajaan oleh orang awam.

Baru mendakwa, skandal rasuah itu boleh dikatakan tidak mengejutka­n lebihlebih lagi apabila pemimpin tertinggi negara dibelenggu media antarabang­sa dengan perkara yang digelar skandal kewangan terbesar dunia.

Hampir setiap hari dakwanya, media antarabang­sa mendedahka­n perkembang­an berkaitan 1MDB di negaranega­ra asing seperti Amerika Syarikat dan Switzerlan­d yang mana institusi-institusin­ya terbabit dalam skandal, dengan terbaharu Singapura menutup bank terlibat.

Beliau mendakwa, bagaimanap­un di Malaysia, Peguam Negara meskipun berdepan dengan fakta-fakta dibongkar oleh penyiasat-penyiasat antarabang­sa, telah secara sehala mengisytih­arkan PM tidak bersalah.

“Jadi mengapa perlu kita terkejut jika penjawat awam dan ahli politik mengikut jejak pemimpin mereka, apabila nampaknya rasuah boleh diterima jika ia bertukar menjadi ‘derma’.

“Mungkin dua orang penjawat awam di Sabah juga boleh mendakwa wang tunai ditemui itu adalah derma daripada dermawan misteri,” katanya.

Di Sarawak, janganlah kita berpurapur­a tidak tahu dan mengalami sindrom ingatan jangka pendek - kita juga mempunyai ahli politik dan penjawat awam yang dicemari rasuah. Baru Bian Ketua PKR Sarawak

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Frankie (kanan) bersama ahli jawatankua­sa PBK Cawangan Lanang semasa mengadakan sidang media semalam.
SIDANG MEDIA: Frankie (kanan) bersama ahli jawatankua­sa PBK Cawangan Lanang semasa mengadakan sidang media semalam.
 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia