Utusan Borneo (Sarawak)

Bersih Sarawak mohon guna Padang Merdeka lokasi perhimpuna­n BERSIH 5.0

-

KUCHING: Bersih Sarawak telah mengemukak­an surat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) untuk menggunaka­n Padang Merdeka sebagai lokasi perhimpuna­n aman BERSIH 5.0 yang dijadualka­n berlangsun­g pada 19 November depan.

Naib Pengerusi Bersih Sarawak Ann Teo ketika ditemui berkata pihaknya menghantar surat tersebut kepada wakil Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara di ibu pejabat DBKU semalam.

“Namun, kami hanya dibenarkan menyerahka­n surat di kaunter resepsi sahaja, yang sepatutnya dihantar di kaunter khas untuk urusan permohonan permit.

“Bagi saya ia tidak mengapa, setidak-tidaknya kami sudah menyerahka­n surat permohonan kepada mereka ( DBKU) untuk menggu- nakan Padang Merdeka,” katanya kepada pemberita.

Beliau berharap DBKU khususnya datuk bandar dapat memberi kerjasama yang adil kepada pihaknya dalam memberi respons terhadap permohonan tersebut.

Menurutnya, pemilihan Padang Merdeka sebagai venue perhimpuna­n kerana nilai sejarah dan signifikas­inya yang menjadi kawasan sambutan hari bersejarah seperti Majlis Pengisytih­aran Persekutua­n Malaysia.

“Bagi kami, Padang Merdeka mewakili penyatuan semua rakyat Sarawak dan pembebasan rakyat.

“Perhimpuna­n ini adalah perhimpuna­n aman, ini yang kita mahu buktikan dan tunjukkan kepada orang ramai,” ujarnya sambil mendedahka­n sasaran peserta tahun ini seramai 5,000 orang.

Ann berkata pihaknya mengecam keras sebarang tindakan provokasi terutama kumpulan ‘ Baju Merah’ terhadap peserta Konvoi BERSIH 5.

Meskipun perkara itu tidak berlaku di Sarawak, namun beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan adil kepada segelintir pihak yang menimbulka­n provokasi serta mengancam keselamata­n para peserta dan orang awam.

Ditanya mengenai cadan- gan pemilihan lokasi lain sekiranya permohonan itu ditolak, Ann berkata perkara itu masih dalam perbincang­an, namun keutamaan sekarang ialah Padang Merdeka.

 ??  ?? PERMOHONAN: Ann (tengah) bersama ahli Jawatankua­sa BERSIH Sarawak menunjukka­n surat permohonan sebelum diserahkan kepada wakil datuk bandar di ibu pejabat DBKU di Kuching semalam.
PERMOHONAN: Ann (tengah) bersama ahli Jawatankua­sa BERSIH Sarawak menunjukka­n surat permohonan sebelum diserahkan kepada wakil datuk bandar di ibu pejabat DBKU di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia