Utusan Borneo (Sarawak)

PBK belum pasti bertanding PRU14

-

SIBU: Parti Bumi Kenyalang (PBK) masih belum memutuskan untuk meletakkan calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Setiausaha PBK Cawangan Lanang Frankie Anong berkata, kemungkina­n (meletakkan calon) tetap ada namun ia hanya dimuktamad­kan melalui mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya ketika ini PBK lebih fokus kepada merekrut ahli baharu khususnya dalam kalangan golongan muda untuk menyertai perjuangan PBK dalam menuntut hak rakyat Sarawak.

“Mungkin selepas kami menubuhkan dua atau tiga lagi cawangan kami, baharu kami membicarak­an mengenai soal calon dipilih bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media selepas mengumumka­n penubuhan PBK Cawangan Lanang di sini semalam.

Menurut Frankie, PBK juga belum membuat ketetapan sama ada akan bekerjasam­a dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengukuhka­n lagi kedudukan mereka sebagai parti pembangkan­g di negeri ini.

Ini kerana, matlamat perjuangan kedua- dua parti berlainan di mana PBK lebih kepada dasar ‘ Borneolisa­si’.

Untuk rekod PBK ditubuhkan pada 2013 dan mempunyai kira- kira 600 ahli berdaftar.

Selepas penubuhan cawangan pertamanya iaitu Sarikei pada bulan Ogos lalu, PBK melangkah setapak lagi dalam usahanya mengembang­kan sayap ke seluruh negeri dengan menubuhkan cawangan Lanang dan Miri.

PBK Cawangan Lanang dipengerus­ikan oleh Johnny Ting Kok Soon dan dibantu oleh Sie Woo Lee sebagai timbalan pengerusi.

Frankie Anong pula dilantik sebagai setiausaha manakala Woo You Lee dilantik sebagai timbalan setiausaha.

Jawatan ketua publisiti pula diisi oleh Yii Sie Tung.

Yu Chin Liik dan Ren Siong pula dilantik sebagai penasihat PBK Lanang.

Bagi jawatan ketua pemuda diisi oleh Ong Dai Yan dan timbalan ketua pemuda ialah James Ting.

Ahli-ahli lain jawatankua­sa PBK Cawangan Lanang ialah Ong Dai Song, Lai Chee Chuan, Andy Wong, Tang Lung Soon dan Elson Ling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia