Utusan Borneo (Sarawak)

Kemusnahan tujuh sekolah disifatkan bukti pengabaian institusi pendidikan luar bandar

-

KUCHING: Pengerusi Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak Baru Bian menyifatka­n kemusnahan tujuh sekolah dalam tempoh tujuh bulan tahun ini membuktika­n pengabaian terhadap institusi pendidikan di kawasan luar bandar.

Antaranya membabitka­n SMK Engkilili, SK Kapit, SMK Sungai Tapang, SK Lepong Gaat, SK Sundar Lama, SK Bario dan SK Pujut.

Kecewa dengan situasi itu, beliau berkata sekolah yang sepatutnya menjadi tempat selamat bertukar menjadi lokasi berisiko tinggi untuk terlibat dengan insiden kebakaran.

“Saya kecewa apabila membaca tentang satu lagi kebakaran di sebuah sekolah luar bandar, kali ini di SK Sungai Sugai, Pakan.

“Ia tidak boleh diterima kerana ibu bapa perlu bimbang tentang menghantar anak-anak mereka ke tempattemp­at tersebut,” katanya.

Bagaimanap­un beliau menegaskan, nasib baik kerana kebakaran tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Justeru, Baru membangkit­kan persoalan sampai bilakah perkara ini akan selesai jika tiada tindakan susulan diambil seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Jelasnya, sekolah yang dibina dengan baik perlu dilengkapi dengan alat pemadam api bagi menyediaka­n pendidikan berkualiti untuk anak-anak.

“Namun, apa yang berlaku dengan perubahan Pelan Pembanguna­n Pendidikan untuk 2013-2025 yang memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan infrastruk­tur asas menjelang 2015 bermula di Sabah dan Sarawak.

“Bilakah kerajaan persekutua­n mengambil serius tentang kita?, adakah kita perlu menunggu sehingga ada yang kehilangan nyawa?” soal Baru.

Katanya sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan menjalanka­n pembanguna­n di sekolah-sekolah luar bandar termasuk di SK St Lawrence (Sri Aman), SM Riam, SK Pujut, SM Pei Min, SK Long Laput, SMK Matu, SJK Chung Hua Bau, SMK Long Semadoh, SMK Jalan Riam, dan SJK Thai Kwang.

Beliau berharap janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mei lalu itu bukan ditandakan sebagai kosong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia