Utusan Borneo (Sarawak)

Nurhanim nafi jual pakaian BERSIH 5 di Pasar Malam Belia N6 Metrocity

-

KUCHING: Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Hanna Mokhsen semalam tampil dengan penafian menjual pakaian BERSIH 5 di kawasan Pasar Malam Belia N6 Metrocity.

Beliau yang turut terlibat sebagai sukarelawa­n Bersih Sarawak berkata, dakwaan itu tidak benar kerana pihaknya berada di luar kawasan pasar malam, bukan seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita.

“Kami tidak berada di ‘dalam’ kawasan Pasar Malam Metrocity seperti dilaporkan, kami berada di luar kawasan tersebut, iaitu di bahu jalan masuk ke pasar malam,” tulisnya di akaun Facebook miliknya semalam.

Selain itu, pihaknya diminta meninggalk­an kawasan tersebut atas alasan tidak membayar sewa tapak.

Akur dengan permintaan penganjur, Nurhanim bersama kumpulan sukarelawa­n itu beredar ke lokasi lain.

“Kami faham dan sangat maklum akan peraturan untuk berniaga di tapak Pasar Malam Metrocity, justeru kami berpindah hanya beberapa kaki dari lokasi pertama sebagai tanda hormat kepada penganjur,” katanya.

Menurut Nurhanim, penganjur bersetuju untuk membenarka­n pihaknya mengedar risalah di kawasan Pasar Malam Metrocity, tetapi tidak dibenarkan untuk menjual pakaian BERSIH 5.

Beliau berharap kenyataan itu akan dikotakan apabila pihaknya kembali ke pasar malam untuk mengedar risalah.

Nurhanim mengesahka­n perkara itu ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mendapatka­n respons beliau.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan, sekumpulan penyokong perhimpuna­n aman Bersih dihalau dari pasar malam di Jalan Matang, ketika mengadakan jualan pakaian bercetak BERSIH 5.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, apabila beberapa individiu berpakaian BERSIH 5 berwarna kuning mempromosi­kan jualan kepada orang ramai yang berkunjung ke tapak pasar malam.

Tindakan kumpulan itu ternyata membangkit­kan rasa kurang senang dalam kalangan para pengunjung yang datang ke kawasan tersebut, menyebabka­n penganjur pasar malam terpaksa meminta mereka beredar.

Pasar Malam Belia N6 Metrocity merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman sebagai landasan untuk menggalakk­an golongan belia terlibat secara aktif dalam bidang keusahawan­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia