Utusan Borneo (Sarawak)

Beri tempoh guru prasekolah pertingkat kelulusan

Saranan supaya guru tadika memiliki sekurang-kurangnya diploma belum lagi dikuat kuasa di Sarawak

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Kita mempunyai tenaga kerja atau guru tadika berpengala­man meskipun ada yang belum mencapai tahap siswazah, mereka perlu diberi tempoh untuk menaik taraf kelulusan.

MIRI: Tenaga pengajar berpengala­man dan lama mengajar pendidikan awal kanak-kanak di setiap tadika dan taman asuhan harus diberi tempoh menaik taraf kelulusan mereka.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata saranan Kementeria­n Pendidikan supaya guru tadika memiliki sekurangku­rangnya diploma belum lagi dikuat kuasa di Sarawak.

“Kita mempunyai tenaga kerja atau guru tadika berpengala­man meskipun ada yang belum mencapai tahap siswazah, mereka perlu diberi tempoh untuk menaik taraf kelulusan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Fatimah berkata Sarawak mempunyai Majlis Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mempunyai pelan strategi sendiri dari segi aktiviti atau program serta jawatankua­sa yang dilantik kerajaan negeri.

“Dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti, Kementeria­n Pendidikan memastikan guru mengajar kanak- kanak berusia lima atau enam tahun terdiri daripada golongan siswazah,” jelasnya.

Guru KEMAS juga ka- tanya, di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) turut diambil daripada kalangan siswazah dan mempunyai komitmen terhadap tugas terbabit.

“Bagi mereka yang bukan siswazah tetapi berpengala­man dalam pendidikan awal kanak- kanak, mereka ini akan mengikuti Program Pensiswaza­han,” jelasnya.

Ia kata Fatimah, adalah langkah dibuat untuk memastikan guru mengajar di institusi pendidikan awal kanakkanak terlatih dan berkelayak­an untuk melahirkan modal insan berkualiti.

“Berpendidi­kan tinggi tidak semestinya menjamin kualiti, sekiranya guru itu sendiri tidak mempunyai komitmen dan komited terhadap tugas mereka membimbing kanak- kanak,” jelasnya.

Dalam perkembang­an sama, fokus sekarang terarah untuk kanak-kanak lebih muda iaitu bawah empat tahun iaitu taska, sebagai contoh taska swasta mengambil guru memiliki ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Jika dahulu kita wajibkan guru di taska harus menghadiri kursus asuhan kanakkanak (sekarang ini Program PERMATA), kita juga mahu mengikut jejak itu supaya guru taska kerajaan juga siswazah,” jelasnya.

Menurut statistik terkini, Sarawak mempunyai 998 guru mempunyai ijazah dan 484 orang kelulusan diploma di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sementara KEMAS pula mempunyai 744 guru kelulusan diploma.

Bagi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) pula mempunyai empat kelulusan ijazah, 72 guru kelulusan diploma sementara SEDIDIK ( seorang ijazah dan 56 orang diploma).

Bagi kelayakan pengasuh taska pula, KEMAS mempunyai 148 guru kelulusan diploma, JPNIN (tiga orang), Sedidik (enam orang), Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Kota Samarahan ( lima ijazah), PAPN Sibu (tiga orang kelulusan ijazah) dan PAPN Sarikei (empat orang kelulusan ijazah).

Kementeria­n Pendidikan dalam satu kenyataan memberitah­u bahawa pelaksanaa­n penyelaras­an tenaga pengajar taman asuhan mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan hanya akan dikuat kuasa pada 2020.

Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti

 ??  ?? BERI TEMPOH: Fatimah (dua kiri) pada sidang media di Miri selepas Majlis Pelancaran Program Skuad Sayang N.78 Mulu dan Seminar Kepimpinan di Miri semalam.
BERI TEMPOH: Fatimah (dua kiri) pada sidang media di Miri selepas Majlis Pelancaran Program Skuad Sayang N.78 Mulu dan Seminar Kepimpinan di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia