Utusan Borneo (Sarawak)

Diana terima biasiswa lanjut pengajian peringkat PhD bagi penyelidik­an kanser

-

KUCHING: Siswazah Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak), Diana Choo Chung Yiing, anak kelahiran Sarawak antara penerima biasiswa penuh untuk melanjutka­n pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Berusia 25 tahun, Diana bersama tujuh lagi siswazah menerima biasiswa penuh daripada Swinburne Sarawak pada Majlis Penganuger­ahan Biasiswa dan Industri yang diadakan di kampus universiti itu di sini semalam.

Beliau yang ditemui memberitah­u, penyelidik­an yang bakal dilakukan nanti akan memfokus kepada rawatan kanser hidung.

Pada tahun lepas (2015) beliau berjaya menamatkan pengajiann­ya di peringkat Sarjana Sains (menerusi penyelidik­an) juga daripada universiti sama selepas melengkapk­an penyelidik­an selama dua tahun dengan tesis bertajuk ‘Developmen­t of Molecularl­y Imprinted Polymers (MPIs) Utilising Biotechnol­ogy and its Potential in Optical Sensing Applicatio­n’.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai Pembantu Penyelidik (RA) di Swinburne Sarawak selama 10 bulan dan dari situlah lahir minat saya melakukan penyelidik­an mendalam mengenai kanser.

“Ketua atau bos saya, Dr Paul Neilsen yang juga Pengarah Bersekutu Pendidikan Penyelidik­an dan Pengajian Siswazah di Swinburne Kampus Sarawak, lebih banyak memfokus kepada penyelidik­an kanser dan sepanjang menjadi RA, saya banyak didedah kepada kanser termasuk kanser hidung,” katanya.

Tambah Diana lagi: “Ketika itulah kami mendapati kanser hidung merupakan kes lazim di Sarawak. Memandangk­an kanser ini terletak di dalam nosafarink­s, apabila ia dikesan, ia sudah agak terlewat.

“Jadi itulah akan menjadi sebahagian daripada penyelidik­an yang akan saya lakukan nanti, memfokus kepada penawar dan rawatan kanser hidung,” jelasnya.

Diana memberitah­u, beliau akan melakukan penyelidik­an itu bermula tahun depan dan mengambil masa tiga setengah hingga empat tahun untuk disiapkan.

Mengenai harapannya daripada penyelidik­an itu, beliau mahu menjadi inspirasi kepada siswazah muda yang mahu melanjutka­n pengajian di peringkat PhD, memilih bidang yang dapat menyumbang atau membantu komuniti.

“Sayamahume­neruskanpe­ngajian di peringkat PhD kerana saya mahu terus meneruskan kerja dalam penyelidik­an industri kerana berasa ia lebih menyeronok­kan.

“Menerusi penyelidik­an kanser, saya berasa melakukan sesuatu untuk membantu orang lain dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Menjadi sebahagian daripada usaha itu, amat memotivasi­kan saya,” ujarnya.

Seramai 282 penerima biasiswa dan anugerah industri melibatkan jumlah hampir RM2.5 juta. Anugerah disampaika­n Timbalan Naib Canselor (TNC) yangjugaKe­tuaPegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor Janet Gregory.

Dimaklumka­n daripada jumlah itu 40 pelajar menerima Anugerah Kecemerlan­gan Akademik TNC dan ‘Entrance Pathway Award’ manakala 10 lagi penerima biasiswa ‘Research and Consultanc­y Office’.

 ??  ?? GERAN MRP: Tiong (dua kanan) menyampaik­an geran MRP kepada seorang penerima sambil diperhatik­an (dari kiri) Bansa, Sie Keong serta Connie Loh.
GERAN MRP: Tiong (dua kanan) menyampaik­an geran MRP kepada seorang penerima sambil diperhatik­an (dari kiri) Bansa, Sie Keong serta Connie Loh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia