Utusan Borneo (Sarawak)

Projek menaik taraf Pusat Penjaja Hui Sing telah siap

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian semalam mengumumka­n projek menaik taraf Pusat Penjaja Hui Sing yang telah siap sejak penghujung September dengan menelan belanja sebanyak RM189,740.

Menurut beliau pusat penjaja tersebut merupakan projek yang kedua dilaksanak­an di bawah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) selepas Pusat Penjaja Kenyalang sebelum ini.

“Terdapat 44 kipas dan 88 lampu yang menerangi tempat ini dengan rekaan unik untuk memberikan kepuasan berniaga kepada para penjaja dan keselesaan pelanggan yang berkunjung ke sini,” katanya ketika mengadakan sidang media di sini semalam.

Pusat Penjaja Hui Sing yang kini telah berusia 22 tahun itu hanya dibuka pada waktu malam dan hampir setiap hari dipenuhi pengunjung yang ramai untuk menikmati makanan yang lazat.

Projek tersebut kata Dr Sim, telah dimulakan sejak Julai dan menghargai usaha pihak MBKS dalam melaksanak­an inisiatif sedemikian.

“Kita mengharapk­an pihak majlis akan sentiasa melakukann­ya untuk menambah baik keadaan pusat penjaja yang lain juga di kawasan jagaannya.

“Dahulu, jika hujan turun pengunjung terpaksa lari dan mendapatka­n tempat duduk lain tetapi sekarang mempunyai kemudahan yang lebih baik.

“Pusat penjaja di Kenyalang dan di sini turut disediakan percuma jalur lebar namun ia bukan untuk tujuan memuat turun filem tetapi bagi aplikasi sosial yang biasa seperti Facebook, WhatsApp, Wechat dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Beliau katanya, mahu setiap pusat penjaja yang telah berusia dan dinaik taraf itu menjadi tarikan kepada pengunjung muda.

Sementara itu Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan juga berkata pihaknya akan mencuba sedaya upaya memberi impak yang lebih baik kepada masyarakat.

Ini kerana dengan sokongan kerajaan negeri yang jitu pihaknya kini berasa lebih positif serta mahu melakukan yang terbaik bagi masyarakat Kuching.

 ??  ?? ANTARA TERBAIK: Diana (tengah) merakam kenangan bersama Janet (kanan) dan Pengarah Akademik merangkap Pemangku Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Swinburne Sarawak Profesor Madya Datin Enn Ong.
ANTARA TERBAIK: Diana (tengah) merakam kenangan bersama Janet (kanan) dan Pengarah Akademik merangkap Pemangku Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Swinburne Sarawak Profesor Madya Datin Enn Ong.
 ??  ?? LEBIH BAIK: Dr Sim (tengah) diapit Chan (kanan) sewaktu menandatan­gani plak perasmian projek naik taraf Pusat Penjaja Hui Sing semalam.
LEBIH BAIK: Dr Sim (tengah) diapit Chan (kanan) sewaktu menandatan­gani plak perasmian projek naik taraf Pusat Penjaja Hui Sing semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia