Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah dengar permohonan semakan Anwar

Permohonan peguam untuk menukar panel hakim baharu ditolak kerana tidak mempunyai merit

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaiusa­haakhirmen­gikut saluran perundanga­n, untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantuny­a Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mempengeru­sikan lima barisan hakim terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Prosiding bermula pada jam 9.30 pagi.

Ketua perbicaraa­n dan bahagian rayuan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mengetuai pasukan pendakwaan dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddi­n Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku

Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Sementara Anwar, 68, diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, Latheefa Koya, R. Sivarasa, J.Leela dan Shahid Adli Kamaruddin.

Anwar memfailkan permohonan semakan agar Mahkamah Persekutua­n mengguna pakai Aturan 137, Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Secara alternatif, beliau mahu Mahkamah Persekutua­n untuk mendengar semula rayuannya berhubung merit.

Terdahulu, Hakim Zulke- fli menolak permohonan Sri Ram untuk menukar panel hakim baharu dengan alasan permohonan untuk anggota panel menarik diri daripada mendengar permohonan semakan berkenaan, tidak mempunyai merit.

“Kami akan memastikan bahawa pemohon (Anwar) akan memperoleh pembicaraa­n yang adil berdasarka­n bukti yang ada,” kata Hakim Zulkefli.

Sri Ram memohon untuk menukar anggota panel memandangk­an sebelum ini panel hakim yang sama, telah menolak permohonan Anwar untuk memasukkan bukit bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff, dalam semakan sabitan kes liwat terhadapny­a.

Sri Ram berhujah, dalam menolak permohonan itu, panel telah membuat kenyataan bahawa Anwar telah diberikan perbicaraa­n dan pembicaraa­n yang adil oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n.

Katanya, kenyataan itu menunjukka­n bahawa anggota panel berkenaan telah melalui merit dalam semakan pembicaraa­n dan dengan itu, Anwar tidak akan memperoleh perbicaraa­n yang adil dalam semakan permohonan semalam.

“Kami meminta panel ini mempertimb­angkan untuk menukar panel yang lain,” katanya.

Ahmad Kamal berhujah bahawa panel berkenaan tidak memuktamad­kan merit pada penghakima­n kes itu sebelum ini dan panel boleh mendengar permohonan semakan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutua­n, pada 10 Feb 2015, mengekalka­n sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Bagaimanap­un, Mahkamah Rayuan mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi dan Anwar telah disabitkan kesalahan selepas mahkamah membenarka­n rayuan pihak pendakwaan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominiu­m Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi diiringi isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak perempuan beliau dan anggota keluarga. — Bernama

Kami akan memastikan bahawa pemohon (Anwar) akan memperoleh pembicaraa­n yang adil berdasarka­n bukti yang ada. Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin Hakim Besar Malaya

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI SOKONGAN: Antara penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31, yang memberi sokongan di luar Istana Kehakiman semasa permohonan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut saluran perundanga­n, untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas...
— Gambar Bernama BERI SOKONGAN: Antara penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31, yang memberi sokongan di luar Istana Kehakiman semasa permohonan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut saluran perundanga­n, untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia