Utusan Borneo (Sarawak)

Padah buat laporan palsu elak bayar denda kad pengenalan hilang

-

TELUK INTAN: Hanya kerana mahu mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) disebabkan kehilangan kad pengenalan, seorang pemuda bertindak membuat satu laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun dua lelaki di Langkap dekat sini Isnin lepas.

Bagaimanap­un, usaha untuk membuat kad pengenalan baharu secara percuma itu memakan diri apabila lelaki berusia 30 tahun itu ditahan berikutan polis curiga dengan fakta yang dilaporkan­nya dan hasil soal siasat akhirnya beliau mengakui lapran itu hanyalah rekaan sematamata.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata individu berkenaan yang berasal dari Kampung Chuang, Hulu Selangor, Selangor sebenarnya telah kehilangan dompet miliknya termasuk kad pengenalan dipercayai tercicir.

“Terdahulu, pemuda yang bekerja sebagai buruh kontrak itu telah membuat satu lapo- ran polis di sini mendakwa dirinya telah memberhent­ikan motosikaln­ya di suatu kawasan di Langkap setelah ditahan seorang perempuan Melayu yang motosikaln­ya kehabisan minyak.

“Pemuda itu mendakwa ketika hendak menolong wanita itu, dua lelaki India telah datang kepadanya dan mengacu pisau di leher dan diminta untuk menyerahka­n barang peribadiny­a,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Wan Hassan berkata sia- satan juga mendapati suspek telah empat kali kehilangan kad pengenalan dan disebabkan enggan membayar denda RM300 oleh JPN, beliau sanggup menipu.

“Kita menahan lelaki itu untuk disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi atau membuat laporan palsu dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia