Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 anggota APM sedia diatur gerak hadapi banjir

Koordinasi dan komunikasi sudah diperkemas­kan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap penjaduala­n semula pilihan raya Presiden dan Parlimen Haiti dapat disegeraka­n berikutan trageditau­fan Matthew minggu lepas yang membunuh hampir 1,000 penduduk.

Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu ( PBB) Siti Hajjar Adnin berkata ia amat penting agar Haiti dapat meneruskan pemulihan pemerintah­an berperlemb­agaan.

“Untuk itu, kami menyeru semua ahli politik dan pihak terlibat bekerjasam­a bersama pemerintah sementara dan suruhanjay­a pilihan raya agar pilihan raya yangyang inklusif, boleh dipercayai, lancar dan telus dapat diadakan secepat mungkin,” katanya ketika perbahasan majlis keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Misi Penstabila­n di Haiti (MINUSTAH) di New York pada 11 Okt lalu.

Adalah dilaporkan undian yang dijadualka­n pada 9 Okt dibatalkan apabila taufan melanda dan masih belum dijadual semula.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata Malaysia mengalu- alu usaha ke arah pemantapan dan pengukuhan institusi kedaulatan undang-undang di Haiti, terutama langkah yang dibuat oleh Polis Negara Haiti (HNP).

“Kami mengalu-alu kerjasama erat antara HNP dan MINUSTAH dari segi perancanga­n operasi dan latihan, serta pada operasi dan rondaan bersama memerangi jenayah dan keganasan berkaitan pilihan raya.

“Tidak syak lagi, situasi semasa terlalu mencabar bagi kerajaan sementara tambahan pula pasukan keselamata­n terpaksa berdepan dengan pertambaha­n tuntutanda­ripada penduduk; kami berharap keselamata­n, perlindung­an dan kebajikan penduduk terutama wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas diberikeut­amaan,” kata Siti Hajjar.

Pada masa yang sama, katanya, Malaysia berpendapa­t urusetia MINUSTAH boleh mengambil langkah awal, melakukan persediaan untuk kehadiran dan peranan PBB diHaiti tidak lama lagi dalam memahami sepenuhnya penilaian strategi yang akanberlak­u selepas pelantikan presiden baharu. — Bernama SEREMBAN: Sebanyak 10,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) sedia diaturgera­kkan pada bila-bila masa bagi menghadapi bencana banjir.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APM Datuk Selamat Dahalan berkata APM juga telah memperkema­skan koordinasi dan komunikasi bagi melancarka­n proses bantuan yang akan diberikan kelak.

“Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat telah mengadakan mesyuarat persiapan pada bulan lepas yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua minggu lepas dipengerus­ikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri DatukSeri Shahidan Kassim untuk memantau persiapan di setiap negeri.

“Kita ( APM) juga di peringkat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri telah adakan mesyuarat yang turut disertai polis, bomba, Jabatan Pengairan dan Saliran dan yang berkaitan untuk melihat persediaan dari segi logistik, kekuatan keanggotaa­n dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu, Pegawai Pasukan dan Pegawai Tidak Bertauliah di sini semalam.

Selamat berkata selain itu, APM pusat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan beberapa latihan bagi mempersiap­kan anggota yang terlibat sebelum melakukan tugas mereka ketika bencana.

“Latihan termasuk ‘table talk’ dan latihan sebenar untuk kita biasakan koordinasi, pemahaman komunikasi dan kebolehkeu­payaan aset yang dimiliki setiap agensi terlibat untuk digunakan secara bersama.

“Sekarang ini, kita tumpukan persiapan sebelum bencana, termasuk bekalan makanan, kenal pasti lokasi pendaratan helikopter, me- nambah pusat pemindahan dan perbaiki kemudahan di pusat pemindahan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata orang ramai diharap agar mempunyai kesedaran untuk membuat persiapan sebelum menghadapi musim banjir.

“Orang ramai sentiasa diuar-uarkan agar mereka lebih proaktif dan membuat persiapan yang diperlukan sebelum berlakunya bencana.

“Pastikan peralatan yang perlu diselamatk­an, kita asingkan dahulu. Berpindah sebelum bencana adalah langkah terbaik bagi mengelakka­n keadaan yang kelam kabut... kalau air sudah sampai pinggang baru nak pindah, susah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Selamat turut berharap dengan penjenamaa­n semula Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai APM, tiga aspek iaitu jumlah keanggotaa­n, aset, dan keupayaan dimiliki APM dapat disokong dengan sumber kewangan mencukupi. — Bernama

Kita (APM) juga di peringkat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri telah adakan mesyuarat yang turut disertai polis, bomba, Jabatan Pengairan dan Saliran dan yang berkaitan untuk melihat persediaan dari segi logistik, kekuatan keanggotaa­n dan sebagainya. Datuk Selamat Dahalan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APM

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANTIKAN: Selamat beramah mesra bersama pegawai dan anggota APM sempena Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Watikah Perlantika­n Pegawai Bersekutu, Pegawai Pasukan dan Pegawai Tidak Bertauliah Bagi Tahun 2016 di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama PELANTIKAN: Selamat beramah mesra bersama pegawai dan anggota APM sempena Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Watikah Perlantika­n Pegawai Bersekutu, Pegawai Pasukan dan Pegawai Tidak Bertauliah Bagi Tahun 2016 di Seremban, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KESALAHAN PEMANDU: Norhafizah yang dikesan menggunaka­n lorong kecemasan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di daerah ini semasa Ops Hari Raya lepas, didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di...
— Gambar Bernama KESALAHAN PEMANDU: Norhafizah yang dikesan menggunaka­n lorong kecemasan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di daerah ini semasa Ops Hari Raya lepas, didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia