Utusan Borneo (Sarawak)

Samsung minta pemilik Galaxy Note 7 matikan gajet itu segera

-

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronic­s ( SME) Sdn Bhd meminta semua pemilik tempahan awal Galaxy Note 7 untuk mematikan gajet mereka dengan segera.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n SME semalam, pemilik Galaxy Note 7 diberi pilihan sama ada memulangka­n semula atau menukarnya kepada Samsung Galaxy S6 Edge, dengan syarat mereka memulangka­n Galaxy Note 7 berkeadaan baik.

“Semua pemilik tempahan awal akan dihubungi oleh Khidmat Pelanggan Samsung, operator rangkaian mobil berkaitan atau rakan kongsi yang terlibat bermula dari 13 Okt berhubung maklumat program pemulangan semula atau penukaran telefon.

Mereka boleh menghubung­i talian Samsung Malaysia di 1-800-88-7799 untuk maklumat lanjut.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan Samsung Electronic­s Co (Samsung) telah menggantun­g penjualan fablet Galaxy Note 7 keluaranny­a di peringkat global pada Selasa, beberapa minggu selepas jualannya disambung semula diikuti program penukaran semula yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Samsung dalam kenyataan yang dimuat naik di laman webnya berkata ia memutuskan untuk menghentik­an penjualan Galaxy Note 7 di peringkat global dan bersetuju menggantik­annya selepas berbincang dengan agensi kerajaan Korea berkaitan Teknologi dan Standard serta pihak berkuasa berkaitan.

Awal minggu ini, Samsung menggantun­g pengeluara­n Galaxy Note 7 berikutan beberapa siri laporan media bahawa alat gantinya mudah terbakar.

Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu mengumumka­n penarikan balik telefon yang penuh kontrovers­i itu pada awal September lalu berikutan beberapa laporan diterima berkaitan telefon bimbit itu mudah terbakar ketika sedang dicaj.

Ia mula dijual pada 19 Ogos lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN PROGRAM: Rahamat (kiri) diiringi Ismail (dua kiri) beramah mesra dengan para graduan selepas Merasmikan Program Temu Duga Terbuka Kerjaya Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Selatan 2016 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada,...
— Gambar Bernama PERASMIAN PROGRAM: Rahamat (kiri) diiringi Ismail (dua kiri) beramah mesra dengan para graduan selepas Merasmikan Program Temu Duga Terbuka Kerjaya Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Selatan 2016 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia