Utusan Borneo (Sarawak)

Tawar gaji setimpal dengan kemahiran, elak pekerja mahir kerja di negara jiran

-

JOHOR BAHRU: Syarikatsy­arikat di Johor khususnya di Iskandar Malaysia digalakkan mempertimb­angkan memberi gaji yang setimpal dengan kemahiran dan pengalaman pekerja bagi memastikan mereka kekal bekerja di negara ini.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff berkata langkah itu juga bagi mengelakka­n pekerja tempatan yang mahir dan berpengala­man ‘lari’ ke negara jiran kerana ditawarkan gaji yang lebih lumayan.

Dengan gaji yang setimpal, ia boleh menarik minat lebih ramai rakyat tempatan yang berkemahir­an dan berpengala­man dalam bidang tertentu bekerja di negara ini, kata beliau.

“Apabila syarikat pertimbang­kan beri gaji lebih baik, kita sekaligus mengalakka­n pekerja berkerja di Johor,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Temu Duga Kerjaya Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Selatan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa, di sini semalam.

Rahamat Bivi berkata pekerja profesiona­l dan mahir selalu berada dalam dilema untuk memilih pekerjaan dan terpaksa memilih antara gaji yang lumayan dan bekerja dalam negara sendiri.

Beliau berkata kadar penganggur­an di kalangan graduan yang kini hampir empat peratus melebihi kadar penganggur­an sedia ada iaitu 3.5 peratus, diharapkan dapat dikurangka­n, menerusi pelbagai usaha termasuk menerusi SL1M.

Rahamat Bivi berkata kebanyakan besar daripada 92,000 yang mengikuti SL1M sejak diperkenal­kan pada 2011 telah berjaya mendapatka­n pekerjaan.

Program SL1M selama dua hari mulai hari ini, turut menyediaka­n lebih 10,000 peluang pekerjaan di 120 syarikat berkaitan kerajaan yang mengambil bahagian dalam program itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia