Utusan Borneo (Sarawak)

PAC akan bentang 10 laporan di Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Kira- Kira Wang Negara (PAC) akan membentang­kan 10 laporan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 termasuk isu penyelewen­gan dan penyeludup­an diesel bersubsidi membabitka­n Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani.

Laporan lain ialah Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda di Kuala Lumpur membabitka­n Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; Pengurusan Projek Pembanguna­n Kandungan Penyiaran Digital membabitka­n Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia; Program Subsidi Benih Padi Sah membabitka­n Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta Projek Pengalihan Operasi Kereta Api Tanah Melayu Berhad Dari Tanjong Pagar ke Woodlands, Singapura (Stesen) dan Kempas baru (Depoh), Johor Bahru membabitka­n Kementeria­n Pengangkut­an.

Laporan itu juga melibatkan Pembinaan dan Pengurusan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malay- sia, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur membabitka­n Kementeria­n Pertahanan; Pengurusan Perolehan Perabot Bagi Cadangan Pembinaan Semula Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor membabitka­n Kementeria­n Dalam Negeri; Pengurusan Pengendali­an Acara membabitka­n Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan; Pengurusan Program 1Azam membabitka­n Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dan Yayasan Kebajikan Negara dan Pengurusan Perkhidmat­an 1BestariNe­t membabitka­n Kementeria­n Pendidikan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata kesemua laporan PAC berkenaan sudah dimuktamad­kan jawatankua­sa itu yang bermesyuar­at antara bulan Ogos, September dan Oktober tahun ini.

“PAC Parlimen komited untuk terus memastikan wang rakyat dibelanjak­an secara berhemah dengan setiap projek kerajaan benar-benar memberikan nilai terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya PAC juga mahu memastikan setiap projek kerajaan bebas daripada amalan penyalahgu­naan kuasa, penyelewen­gan serta pemborosan demi kepentinga­n rakyat secara keseluruha­n selaras kedudukann­ya sebagai jawatankua­sa di bawah Parlimen yang menjadi cabang penggubal undang-undang tertinggi negara.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 bakal berlangsun­g bermula 17 Okt hingga 24 Nov depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia