Utusan Borneo (Sarawak)

Sungai tercemar: JAS Pahang sedia bincang dengan kerajaan Selangor

-

KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang sedia berbincang dengan kerajaan Selangor mengenai dakwaan pencemaran air Sungai Semantan di Bentong hingga menyebabka­n penutupan loji rawatan air Langat dan Cheras.

Pengarahny­a Rosli Zul berkata perbincang­an itu perlu untuk mendapatka­n maklumat daripada pihak terlibat seperti Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menjalanka­n siasatan berdasarka­n maklumat pihak terlibat namun, input itu tidak sesuai untuk terus dijadikan kesimpulan punca pencemaran itu kerana adanya percanggah­an pendapat.

“Matlamat kami adalah untuk bekerjasam­a. Berdasarka­n maklumat dan data JAS Pahang, Sungai Semantan tidak tercemar...saya mengalu-alukan usaha Selangor untuk terus memberikan maklumat dan bukti konkrit kepada kita,” katanya.

Rosli berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Seminar Pemerkasaa­n Pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Dialog Hala Tuju Pengurusan Alam Sekitar Melalui Pematuhan Kendiri di sini, semalam.

Perbincang­an itu juga pendekatan terbaik untuk menambah baik perkara berkaitan isu air yang melibatkan masyarakat, katanya.

Beliau juga menjelaska­n pemantauan menunjukka­n Sungai Semantan bukan penyebab pencemaran itu kerana loji rawatan air itu ditutup lebih awal daripada tempoh pencemaran bau yang direkodkan di Sungai Semantan.

“Pemantauan juga dilakukan secara berterusan di tiga stesen pemantauan yang diwujudkan di sepanjang Sungai Semantan.

“Air Sungai Semantan juga disalurkan ke loji air Mempateh dan setakat ini, tiada pencemaran bau dilaporkan atau adanya aduan penduduk mengenai pencemaran bau...sumber air adalah sama,” katanya.

Pada Isnin lepas, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelanconga­n, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong mendakwa SPAN dan Air Selangor mengenal pasti punca pencemaran itu di Sungai Semantan, Bentong.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia