Utusan Borneo (Sarawak)

Die Mannschaft jinakkan Ireland Utara 2-0

-

HANOVER, Jerman: Jerman mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Ireland Utara 2-0 Selasa lepas.

Gol dalam separuh masa pertama oleh Julian Draxler dan Sami Khedira memastikan kemenangan pada perlawanan di Hanover, dengan juara dunia itu masih belum bolos sebarang gol dalam kempen kelayakan setakat ini.

“Sama seperti perlawanan terakhir, kami bermain dengan penuh tumpuan dan agresif,” kata Khedira.

“Secara keseluruha­nnya, kami boleh berasa gembira, terutama sekali dalam separuh masa pertama. Namun masih ada ruang untuk peningkata­n.”

Jerman hanya tewas dua dari 85 perlawanan kelayakan Piala Dunia dalam sejarah yang membanggak­an dan tidak memberikan sebarang harapan buat Ireland Utara mencipta kemenangan pertama di Jerman dalam tempoh 33 tahun.

Dengan sembilan mata maksima, Jerman akan menamatkan tahun ini dengan rekod sempurna sekiranya menewaskan pasukan kerdil, San Marino pada satu lagi perlawanan kelayakan, 11 November depan.

Pada hari yang sama, Ireland Utara melayani kunjungan Azerbaijan, yang berada di tangga kedua Kumpulan C.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew menurunkan kesebelasa­n utama yang sama ketika menewaskan Republik Czech 3-0 di Hamburg Sabtu lepas.

Jurulatih Ireland Utara, Martin O’Neill, melakukan tiga pertukaran dari skuad yang menewaskan San Marino 4-0 di Belfast tetapi Kyle Lafferty, yang menjaringk­an dua gol Sabtu lepas, bermula di bangku simpanan sekali lagi.

Selepas tewas tipis 0-1 pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di pusingan pertama Euro 2016, Jerman mendahului 2-0 dalam masa 20 minit pertama.

Tandukan Mario Goetze menguji penjaga gol Ireland Utara, Michael McGovern sebelum Jerman akhirnya membuka jaringan pada minit ke-13 apabila Thomas Mueller mengumpan bola kepada Draxler untuk melakukan rembatan.

Walaupun pemain Ireland Utara ‘berkampung’ di hadapan pintu tu gol mereka, Jerman berjaya rjaya menjaringk­an gol kedua pada mini tke-17 17 apabila umpanan Mesut Ozil ditanduk Khedira.

Gol keduaa itu bagaimanap­un membangkit­kan semangat angat Ireland Utara dengan an Jamie Ward mempunyai ai peluang terbaik tetapi pi rembatanny­a lemah dan mudah ditangkap p penjaga gol Manuel Neuer.

McGovern kemudian menepis cubaan Joshua Kimmich ketika Ireland Utara mengekalka­n saingan sehingga ke masa rehat. Loew memas memasukkan Ilkay Gundog Gundogan untuk mengganti menggantik­an Ozil di bahagia bahagian tengah selepas reha rehat dan pertukaran itu kelihatan menjejaska menjejaska­n rentak Jerman yang gagal menambah jarin jaringan lagi selepas itu. Walaupun Ireland Utara berjaya melakukan beberap beberapa asakan, mereka tetap gagal m e n - embusi benteng kebal Jerman untuk kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KENTAL: Draxler (kanan) mempamerka­n aksi cemerlang ketika membantu Jerman menewaskan Ireland Utara di HDI Arena, Hannover Selasa lepas.
— Gambar Reuters KENTAL: Draxler (kanan) mempamerka­n aksi cemerlang ketika membantu Jerman menewaskan Ireland Utara di HDI Arena, Hannover Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia