Utusan Borneo (Sarawak)

China tersepit, Korea Selatan dikejutkan di Stadium Azadi

-

DOHA, Qatar: Harapan China untuk layak ke Piala Dunia 2018 semakin sukar sementara Iran mencipta kejutan apabila abila men mendahului Kumpulanmp­ulan A dengan mengejutka­nngejutkan Korea Selatan tan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia. ia.

China tewasas 0- 2 kepada Uzbekistan Tashkent dengan pasukan tuan rumah menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua menerusi rembatan Marat Bikmaev dan Otabek Shukurov, menyebabka­n China menghuni tangga terbawah kumpulan dengan hanya satu mata dan bakal kecewa lagi untuk memburu kelayakan ke Piala Dunia.

Uzbekistan menduduki tangga teratas kumpulan buat seketika dengan sembilan mata dari empat perlawanan sebelum tercicir ke tangga kedua apabila Iran menewaskan Korea Selatan 1-0 di Tehran untuk mengumpul 10 mata.

China membuat pelaburan besar dalam sukan bola sepak dan memburu bidaan penganjura­n Piala Dunia 2030, dengan hanya sekali layak ke Piala Dunia pada 2002 dan perlu meningkatk­an permainan mereka di Tashkent untuk mengembali­kan peluang. d i

Uzbekistan, yang tidak pernah layak ke Piala Dunia, membuka jaringan pada minit ke-50 sebelum gol kedua

menyu menyusul lima minit sebelum tamat permainan.

Sejam kemudian, Iran mencipta kejutan di Tehran untuk melonjak ke tangga teratas kumpulan.

Perlawanan, yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen di Iran, menunjukka­n penonton berpakaian serba hitam bagi memperinga­ti hari Ashura dengan pendekatan bertahan Iran dalam kempen kelayakan membuahkan hasil dan mereka belum bolos satu gol dari empat perlawanan dalam peringkat kelayakan terakhir ini.

Gol Sardar Azmoun dalam separuh masa pertama memastikan Iran menumbangk­an gergasi bola sepak Asia itu.

Korea Selatan akan bertemu Uzbekistan pada perlawanan akan datang untuk mengembali­kan impian kelayakan ke Piala Dunia 2018.

Qatar menewaskan Syria 1- 0 untuk kemenangan pertama mereka, sekali gus mengeluark­an mereka dari tangga terbaw terbawah Kumpulan A. Hasan alH a y d o s menjaringk kan satu tenda dangan penalti pada minit ke-37 untuk mengembali­kan pelu peluang tipis untuklayak­ktuk layak ke Piala Dunia yang pertama mereka.

Pada perlawanan lain, Australia bangkit dari ketinggala­n sebelum mengikat Jepun 1-1 untuk kekal tanpa kalah dalam Kumpulan B.

Jepun mengejutka­n Australia dengan gol pembukaan seawal minit kelima hasil gol Genki Haraguchi tetapi kapten Australia, Mile Jedinak mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti.

“Kami meningkatk­an permainan pada masa rehat dan mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan tapi malangnya gagal mencari gol kedua,” kata Jedinak.

Keputusan seri itu bermakna Arab Saudi berada di tangga teratas dengan 10 mata selepas membelasah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 3-0 di Jeddah.

Pada perlawanan lain dalam Kumpulan B, Iraq juga mencipta kemenangan pertama apabila menewaskan Thailand 4-0. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia