Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic ubah pendekatan

Pemain nombor satu dunia itu berkata atasi rekod Grand Slam Federer bukan lagi jadi keutamaann­ya

-

SHANGHAI, China: Novak Djokovic berkata beliau sudah berputus asa untuk mengejar rekod Roger Federer yang memenangi 17 kejuaraan Grand Slam ketika beliau kembali semula beraksi ke gelanggang tenis dengan kemenangan Selasa lepas.

Jaguh tenis dari Serbia itu menguasai lawannya sejak dua musim terakhir tetapi berkata beliau mengharung­i satu perubahan pemikiran selepas beberapa prestasi hambar sejak beberapa bulan yang lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata beliau tidak l a g i

Saya tidak fikir tentang mana-mana trofi atau ranking nombor satu dunia. Ia sangat berbeza sekarang. Novak Djokovic Jaguh tenis Serbia

melihat mempertaha­nkan ranking nombor satu dunia – ketika dalam ancaman dari Andy Murray – sebagai keutamaana­taukeutama­an atau mengatasi rekod Federer dalam kejuaraan Grand Slam. Djokovic, yang memenangi 12 kejuaraan Grand Slam setakat ini, menewaskan Fabio Fognini dari Itali 6-3 dan 6-3 pada kejohanan Siri Master Shanghai di sini untuk perlawanan pertamanya selepas tidak menyertai Terbuka China kerana kecederaan di bahagian siku. “Buat masa ini tidak,” kata beliau apabila ditanya jika memintas rekod 17 kejuaraan Grand Slam Federer masih salah satu sasarannya. “Saya tidak memikirkan­nya sama sekali. “Saya tidak fikir ten- tang mana-mana trofi atau ranking nombor satu dunia. Ia sangat berbeza sekarang.

“Apa yang penting bagi saya ial ialah berasa gembira dengan ke kejayaan yang saya capai hasil us usaha saya sendiri, jika menang ata atau mencipta rekod, ia satu bo bonus.”

Djokovic berada pada prestasi buruk sejak melengkapk­an ke kejuaraan Grand Slam – dan sa satu rekod empat kejuaraan Gr Grand Slam pada satu masa – di Terbuka Perancis pada bu bulan Jun.

Beliau, yang mengakui mempu punyai ‘masalah peribadi’, tew tewas di pusingan ketiga Wimbl bledon dan gagal memenangi se sebarang perlawanan di Sukan Ol Olimpik Rio sebelum muncul na naib juara di Terbuka Amerika (A (AS).

Beliau berkata beliau telah be berubah sepenuhnya dari segi pe pendekatan dalam sukan tenis ke kerana “pemikiran harus mena nang... tidak lagi berfungsi ba bagi saya”.

“Saya cuba untuk berada da dalam situasi sekarang dan be bermain dengan tenang, tidak te tergesa-gesa untuk menang. Sa Saya tidak perlu membuktika­n se sesuatu lagi,” kata beliau.

Pendekatan baharu itu bagaimanap­un tidak menjejaska­n permainan beliau k ketika menentang Fognini, y yang jelas gagal memberikan sa saingan yang kuat.

Di pusingan ketiga, Djokovic akan bertemu sama ada Grigor Dimitrov atau Vasek Pospisil.

Pada perlawanan lain, pemain kontrovers­i dari Australia, Nick Kyrgios berkata sempat menguap ketika menewaskan Sam Querrey 6-4 dan 6-4 untuk kemenangan yang keenam berturut-turut ke atas pemain dari AS itu.

Kyrgios berkata beliau berasa “bosan” dan letih selepas kejohanan di Terbuka Jepun di mana beliau muncul juara Ahad lepas.

“Ada ketikanya saya berasa agak bosan,” kata beliau apabila ditanya kenapa beliau tidak seceria seperti biasa dalam gelanggang. “Saya berasa sangat letih.”

Juan Martin del Porto juga beraksi memberangs­angkan sebelum ini tetapi beliau tewas 4-6, 6-3 dan 7-5 kepada pemain dari Belgium, David Goffin.

Pada perlawanan lain, Dimitrov, pemain dari Bulgaria, menewaskan Richard Gasquet 6-4 dan 6-4 sementara Alexander Zverev dari Jerman mengejutka­n pilihan kelapan, Marin Cilic 3-6, 6-3 dan 6-2 tetapi Bernard Tomic dari Australia, mungkin menamatkan musim lebih awal selepas terpaksa menarik diri kerana kecederaan di bahagian perut ketika ketinggala­n 3-6 dan 3-0 menentang Roberto Bautista. — AFP

 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia