Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil melonjak di tangga teratas, Argentina dikejutkan di laman sendiri

-

MONTEVIDEO, Uruguay: Brazil melonjak ke tangga teratas kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan selepas kemenangan ke atas Venezuela sementara Argentina dikejutkan di tempat sendiri oleh Paraguay Selasa lepas.

Gol dari Gabriel Jesus dan Willian memastikan Brazil menang 2-0 ke atas Venezuela pada satu perlawanan yang terganggu oleh masalah terputus bekalan elektrik di Stadium Estadio Metropolit­ano di Merida.

Kemenangan ini adalah yang keempat berturut-turut untuk Brazil dalam kempen kelayakan dan meletakkan mereka di tangga teratas dengan 21 mata dari 10 perlawanan.

Kemenangan itu adalah bukti terbaharu kebangkita­n Brazil di bawah bimbingan jurulatih baharu, Tite, yang menggantik­an Dunga yang dipecat pada bulan Jun selepas kegagalan dalam kejohanan Copa Amerika.

Ia adalah kali pertama sejak kelayakan bermula di mana Brazil mendahului kedudukan dan meletakkan mereka di landasan yang cerah untuk mengekalka­n rekod sentiasa layak ke Piala Dunia.

Ujian paling getir kebangkita­n Brazil ialah pada bulan hadapan di mana mereka akan menentang musuh tradisi, Argentina, yang tewas 0-1 kepada Paraguay di Cordoba.

Satu serangan pantas menghasilk­an gol oleh Derlis Gonzalez pada minit ke-18 untuk memastikan Paraguay membawa pulang tiga mata penuh dengan Argentina sekali lagi bergelut tanpa kelibat kapten pasukan, Lionel Messi yang mengalami kecederaan.

Argentina hanya mengumpul dua mata dari satu kemungkina­n sembilan mata dari tiga perlawanan terakhir, kesemuanya tanpa kelibat Messi.

Argentina cuba bangkit dalam separuh masa kedua dengan satu gol Angel di Maria dari tendangan percuma tidak dibenarkan pengadil kerana kekasaran sebelum Gonzalo Higuian dan Sergio Aguero juga mempunyai peluang tetapi penjaga gol Paraguay, Justo Villar beraksi cemerlang untuk mengecewak­an pasukan tuan rumah.

Kemenangan membolehka­n Paraguay hanya satu mata di belakang Argentina di tangga kelima kumpulan kelayakan.

Chile masih berada di luar slot kelayakan walaupun menewaskan Peru 2- 1 di Santiago.

Chile, kuasa bola sepak Amerika Selatan sejak dua tahun berturut-turut apabila memenangi dua kejuaraan Copa Amerika, terdesak memburu kemenangan selepas memulakan kempen kelayakan dengan buruk.

Arturo Vidal membuka jaringan buat Chile pada minit ke-10 tetapi satu aksi cemerlang Peru dalam separuh masa kedua membolehka­n mereka mengikat kedudukan pada minit ke-76 menerusi rembatan Edison Flores.

Ketika kedua-dua pasukan membayangk­an keputusan seri, Vidal menemui ruang di hujung kotak penalti sebelum melakukan rembatan ke pintu gol untuk gol kemenangan.

Kemenangan itu meletakkan Chile di tangga ketujuh dengan 14 mata, dua mata dari slot kelayakan playoff di tangga kelima.

Pendahulu kumpulan sebelum pusingan perlawanan Selasa lepas, Uruguay, diikat 2- 2 oleh Colombia pada perlawanan di Barranquil­la dengan Cristian Rodriguez dan Luis Suarez meletakkan Uruguay 2-1 di hadapan.

Colombia sebelum itu membuka jaringan menerusi gol Abel Aguillar pada minit ke-15.

Di La Paz, Enner Valencia menjaringk­an dua gol untuk membantu Ecuador bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum mengikat Bolivia 2-2.

Bolivia membayangk­an tiga mata penuh apabila Pablo Escobar menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia