Utusan Borneo (Sarawak)

Sejingkat FC rangkul gelaran bola sepak 9’s Kpg Sageng

-

KUCHING: Sejingkat FC merangkul gelaran juara pertanding­an bola sepak 9 sebelah yang diadakan di Kampung Sageng, Simunjan.

Kejayaan itu dicipta selepas menundukka­n TS FC dengan kemenangan tipis 1- 0 pada perlawanan akhir yang berlangsun­g penuh dramatik.

Sementara, tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Nasa FT dan King Power.

Deng a n keme- nangan itu, Sejingkat FC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan medal.

Manakala RS FT meraih RM700, piala dan medal serta sijil penyertaan. Sementara pemenang tempat ketiga dan keempat masing- masing menerima RM300.

Sebanyak 16 pasukan menyertai pertanding­an anjuran Kelab Belia Kampung Sageng sempena Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Daerah Simunjan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simunjan, Awla Dris turut hadir menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah kepada pasukan yang menang.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyifatka­n penganjura­n itu sebagai landasan

m e n a r i k penglibata­n golongan belia dalam kegiatan sukan.

Katanya, ia bertepatan dengan saranan kerajaan menggalakk­an masyarakat melibatkan diri secara aktif aktiviti riadah yang sihat sejajar dengan sambutan Hari Sukan Negara.

Pada masa sama, pertanding­an itu dapat memberi peluang kepada pemain- pemain muda mengasah bakat dalam sukan bola

sepak.

 ??  ?? TAHNIAH: Awla bersama barisan pemain pasukan Sejingkat FC yang menjuarai pertanding­an bola sepak 9 sebelah di Kampung Sageng, Simunjan.
TAHNIAH: Awla bersama barisan pemain pasukan Sejingkat FC yang menjuarai pertanding­an bola sepak 9 sebelah di Kampung Sageng, Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia