Utusan Borneo (Sarawak)

Persela FC harumkan nama negara pada Kejohanan Street Soccer Antarabang­sa

-

KUCHING: Skuad futsal ternama dari bandar raya Kuching, Persela FC mengharumk­an nama negara selepas berjaya menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Street Soccer Antarabang­sa 2016 yang diadakan di Pantai Ancol, Jakarta, Indonesia minggu lepas.

Ini selepas kejayaan menewaskan wakil dari Romania dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat yang cukup sengit.

Terdahulu, skuad bimbingan Ahmad Media Sharkawi itu terkandas pada peringkat separuh akhir di tangan skuad kebangsaan Indonesia (Assosiasi Street Soccer Indonesia) dengan jaringan 6-1.

Skuad tuan rumah itu juga muncul johan selepas menewaskan Lithuania pada perlawanan akhir.

“Malaysia diwakili Persela FC dari Kuching, Sarawak telah berjaya meraih tempat ketiga pada Kejohanan Street Soccer Antarabang­sa 2016,” ujar Pengurus Pasukan, Heineken Laluan semalam.

“Kejayaan ini amat bermakna untuk Malaysia dan Sarawak khasnya serta menjadi titik tolak yang sangat penting dalam usaha membangunk­an sukan street soccer di Malaysia.”

Kejohanan yang berakhir semalam disertai 12 pasukan mewakili negara-negara seperti Switzerlan­d, Mesir, Namibia, Lithuania, Romania, Ghana, India, Rusia, Palestin, Timor Leste, Malaysia dan Indonesia selaku tuan rumah.

Ia dianjurkan oleh Asosiasi Street Soccer Indonesia (ASSI) sempena Internatio­nal TAFISA Games 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia