Utusan Borneo (Sarawak)

19 acara dipertandi­ng pada Regata Benak Batang Lupar

-

SRI AMAN: Sebanyak 19 acara bakal dipertandi­ng dalam Regata Benak Batang Lupar 2016 diadakan di Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula dari 14 hingga 16 Oktober ini.

Sepuluh acara pertama adalah Sakai 15 Lelaki (Terbuka, Kampung), Sakai 20 Lelaki (Terbuka, Kampung), Sakai 25 Lelaki (Terbuka, Kampung), Sakai 30 Lelaki (Terbuka, Kampung), Sakai Unlimited Maraton dan Sakai 30 Lelaki Melawan Arus.

Sementara itu sembilan lagi acara lagi adalah Sakai 30 Campuran (25 Lelaki, lima Perempuan), Sakai 20 Campuran (15 Lelaki, lima Perempuan), Lumba Benak, Lumba Perahu Dayung Berpasanga­n, Lumba Perahu Bangkut 15KK, Lumba Perahu Panjang 15KK dan Lumba Bot Laju (18HP, 30HP, 40HP).

Timbalan Pengerusi jawatankua­sa pengelolan­ya Nelson Mujah Girie berkata, Regata Benak Batang Lupar kali ini menyaksika­n ketiadaan pasukan wanita sebaliknya hanya mengambil bahagian dalam acara campuran.

“Tahun ini tiada penyertaan pasukan wanita dipertandi­ngkan sebaliknya hanya ada acara campuran iaitu wanita dengan lelaki,” katanya.

Mujah berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai Syarikat Chop Thai Chiang menyampaik­an jersi bagi kegunaan peserta acara Lumba Perahu dalam Pertanding­an Regatta Benak Batang bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman ini nanti di Pejabat Majlis Daerah Sri Aman, di sini, semalam.

Sebanyak 100 helai jersi berjenama Trans Paint terse- but telah pun disampaika­n oleh pemilik syarikat terbabit iaitu Tay Choon Yong kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pengelolan­ya Richard Tawan Seru sambil disaksikan Mujah.

Sementara itu katanya, sebanyak sepuluh pasukan mengesahka­n penyertaan mereka dalam pertanding­an ini iaitu Saga Sebuyau, Sinaran, Bujang Simanggang Tampak Rita, Bujaya SR Simanggang, SUPP Simanggang Jelai Nama, MDSA, Kampung Kem Pakit, LANDAS, Rumah Tinchin Banting dan Kampung Tanjung Asam.

 ??  ?? UNTUKMU: Yong ( tengah) menyerahka­n jersi Trans Paint untuk Regata Benak Batang Lupar kepada Richard (kanan) yang disaksi Mujah (kiri) di Pejabat Daerah Majlis Daerah Sri Aman.
UNTUKMU: Yong ( tengah) menyerahka­n jersi Trans Paint untuk Regata Benak Batang Lupar kepada Richard (kanan) yang disaksi Mujah (kiri) di Pejabat Daerah Majlis Daerah Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia