Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai program meriahkan Hari Bukit Mas 2016 dan HSN di Limbang

- Oleh Mastura Ismail

SUNGAI Limbang bertukar menjadi warna-warni dengan gemerlapan lampu dari perahu berhias pada Malam Kebudayaan dan Perahu Berhias Sempena Hari Bukit Mas 2016 dan Hari Sukan Negara (HSN) di Dataran Jubli Emas, Limbang, baru-baru ini.

Sekitar 13 perahu berhias menyertai program itu membabitka­n agensi kerajaan, swasta, NGO dan penduduk kampung di daerah ini.

Program Perahu Berhias merupakan satu lagi daya tarikan pelanconga­n yang dianjurkan saban tahun oleh Majlis Daerah Limbang (MDL) setiap kali Hari Bukit Mas diadakan.

Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Dataran Jubli Emas untuk menyaksika­n kepelbagai­an dan keunikan perahu berhias.

Selain itu, pelbagai program turut diadakan bagi memeriahka­n lagi sambutan Hari Bukit Mas 2016 dan Hari Sukan Negara.

Pertanding­an Mr Wonderful dan Body Builder Seborneo yang diadakan turut menyaksika­n lebih 60 peserta dari Sarawak, Sabah, Brunei, Labuan dan Kalimantan Indonesia menyertai pertanding­an itu membabitka­n pelbagai kategori.

Turut diadakan ialah derma darah, saringan kesihatan, karaoke, pertanding­an mewarna, melukis, memancing, pakaian beragam dan pertanding­an gubang, menangkap itik dan pertanding­an tarik tali tiga penjuru menggunaka­n kain pelikat yang diperkenal­kan buat pertama kalinya.

Selain itu Hari Bukit Mas 2016 turut menampilka­n kelainan dengan penyertaan gerai pameran daripada agensi kerajaan dan cabutan nama bertuah untuk kali ini.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Hapli, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Wali Kota Dahlan Dullah, Setiausaha MDL Gustian Durani, Pengerusi Pengelola Program Kaunselor Safiah Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Margaret Sawing, ketua agensi kerajaan dan masyarakat lain.

 ??  ?? TETAMU KENAMAAN: (Dari tiga kiri) Sufian, Paulus, Margaret, Dahlan bersama tetamu kenamaan lain yang hadir memeriahka­n Hari Bukit Mas 2016 dan HSN di Limbang, baru-baru ini.
TETAMU KENAMAAN: (Dari tiga kiri) Sufian, Paulus, Margaret, Dahlan bersama tetamu kenamaan lain yang hadir memeriahka­n Hari Bukit Mas 2016 dan HSN di Limbang, baru-baru ini.
 ??  ?? RAPAT HUBUNGAN: Safiah (empat kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman, disaksikan Gustian (kiri), Sufian (enam kiri) Hasbi (tiga kanan) dan Paulus (dua kanan).
RAPAT HUBUNGAN: Safiah (empat kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman, disaksikan Gustian (kiri), Sufian (enam kiri) Hasbi (tiga kanan) dan Paulus (dua kanan).
 ??  ?? KEBUDAYAAN: Persembaha­n kebudayaan yang diadakan sempena Hari Bukit Mas 2016 dan HSN di Limbang, baru-baru ini.
KEBUDAYAAN: Persembaha­n kebudayaan yang diadakan sempena Hari Bukit Mas 2016 dan HSN di Limbang, baru-baru ini.
 ??  ?? WARNA-WARNI: Antara perahu berhias yang menyertai pertanding­an tahun ini.
WARNA-WARNI: Antara perahu berhias yang menyertai pertanding­an tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia