Utusan Borneo (Sarawak)

Menabung bagi pendidikan anak-anak — mimpi buruk setiap ibu bapa

-

SALAH satu daripada detik paling bahagia dalam hidup mereka akhirnya tiba dengan kelahiran anak pertama mereka. Adam dan Aida kini ialah ibu bapa Alisa, si bayi kecil yang sihat.

Pada minggu ini, kita akan melihat satu lagi isu perancanga­n yang penting bagi kebanyakan ibu bapa atau mereka yang bakal menjadi ibu bapa — dana pendidikan anak mereka.

Marilah kita terus membaca untuk melihat bagaimana ibu bapa kali pertama ini berhadapan dengan peranan baru mereka dan bagaimana mereka menabung bagi pendidikan anak mereka.

Selepas Adam menjelaska­n bil hospital, tibalah masa untuk membawa Alisa pulang ke rumah.

Bil hospital hampir mencecah RM5,000 tetapi ini adalah ‘belanja perlu’.

Tentulah Adam boleh mengambil keputusan untuk menghantar Aida ke hospital kerajaan tetapi perkara ini telah dimasukkan ke dalam belanjawan­nya.

Adam dan Aida harus membuat banyak penyesuaia­n, terutama dalam dua minggu pertama.

Malam mereka bertukar menjadi siang dan siang bertukar menjadi malam.

Mereka juga dinasihati mengenai perkara yang patut dan tidak patut dilakukan tentang penjagaan anak oleh ibu bapa mereka.

Mereka diberi ‘latihan praktikal’ di mana Adam bukan sahaja terpaksa belajar menukarkan lampin malah melipatnya.

Dia juga perlu membantu Aida membasuh dan mensteril botol susu serta memandikan Alisa.

Dia bernasib baik tidak perlu memasak kerana ibunya membantu melakukan tugas tersebut.

Keadaan itu memenatkan fizikal tetapi apabila dia memandang ke dalam mata anaknya, kepenatan itu hilang begitu sahaja.

Semua usahanya amat berbaloi dan dia menikmati setiap saat.

Selepas semua orang tidur, Adam akhirnya mendapat sedikit masa terluang lantas membuka komputer ribanya untuk mengkaji semula belanjawan keluargany­a.

Dia berasa dia patut mula menabung bagi pendidikan anaknya seawal mungkin tetapi dia perlu tahu berapa banyak yang perlu diketepika­n.

Oleh itu, dia mula mengemas kini belanjawan­nya (lihat Jadual 8).

Dengan belanjawan tersemak, nampaknya dia mempunyai kira-kira RM1,000 yang boleh disimpan bagi pendidikan anaknya setiap bulan.

Selain membuka akaun simpanan kanak-kanak yang biasa di bank, Adam ingin mendaftark­an Alisa dalam program insurans seawal mungkin kerana premiumnya lebih murah.

Oleh itu, dia mendapatka­n perlindung­an seumur hidup bagi Alisa dan insurans perubatan dengan sedikit unsur simpanan bagi premium RM200 setiap bulan.

Dia juga telah membuat pelaburan awal RM1,000 dalam dana amanah saham dan komitmen untuk membayar RM200 lagi setiap bulan bagi rancangan pelaburan tetap bagi dana yang sama.

Dia menganggar­kan jika dia boleh mendapatka­n pulangan lapan peratus setahun secara konsisten sepanjang 18 tahun akan datang, dia patut dapat mengumpul RM100,000 bagi dana pendidikan Alisa.

Di samping itu, dia akan memasukkan RM200 lagi setiap bulan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang patut memberikan­nya RM100,000 lagi.

Selain yang di atas, dia juga telah mendapat tahu mengenai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Skim ini diperkenal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menekankan ‘Simpanan bagi Tujuan Pendidikan Tinggi’.

Selain memastikan pulangan dividen tahunan, SSPN juga menyediaka­n insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan terutamany­a kepada pendeposit berpendapa­tan rendah.

Di samping itu, perlindung­an insurans dan bayaran pampasan kematian disediakan percuma kepada semua pendeposit yang layak.

Skim ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia (untuk mendapatka­n maklumat lanjut, layarilah www.ptptn.gov.my).

Adam membuat keputusan untuk membuat deposit awal RM3,000 untuk memaksimum­kan amaun penuh pelepasan cukai yang tersedia.

Seperti yang kita lihat di atas, terdapat lebih satu cara untuk menabung bagi dana pendidikan anak kita.

Ibu bapa kerap lupa mengenai program insurans anak kerana mereka fikir program tersebut tidak penting.

Bagaimanap­un, sesetengah jenis insurans seperti insurans perubatan amat penting.

Selain itu, kita dapati di sini bahawa kepelbagai­an ialah konsep yang penting.

Kita selalu dengar frasa Inggeris bermaksud, ‘Jangan letak kesemua telur di dalam satu bakul!’ dan frasa ini amat tepat bagi hal ini.

Adam menggunaka­n sehingga lima ‘bakul’ untuk menyimpan bagi pendidikan anaknya.

Lagi satu perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah menabung secara konsisten.

Kadangkala, ataupun kerap juga, perkara yang paling penting bukanlah setinggi mana pulangan yang boleh anda dapat (sudah tentulah itu membantu!) tetapi berapa lama anda menabung dan berapa lama simpanan anda kekal tersimpan.

Menabung bagi pendidikan anak-anak kita tidak perlu menjadi mimpi ngeri setiap ibu bapa jika kita boleh mendidik diri kita dengan prinsip-prinsip berikut:

- Mula awal. Jika anda sudah merancang untuk mula membina sebuah keluarga, anda sebenarnya boleh memulakan program simpanan walaupun sebelum anak anda dilahirkan. Ini akan menjadikan bunga kompaun memihak lebih kepada anda.

- Kekal berdisipli­n. Selalunya, keinginan jangka masa pendek kita (seperti membeli kereta yang lebih besar) akan didahuluka­n daripada keperluan jangka masa panjang kita (pendidikan anak-anak kita). Kita mestilah kekal berfokus dan berdisipli­n untuk mencapai matlamat jangka masa panjang.

- Gunakan pelbagai instrumen. Seperti yang digambarka­n di atas ini, kita boleh menggunaka­n lebih daripada satu alat perantaraa­n untuk mengumpul dana kita dan kunci untuk melebarkan risiko pelaburan sesuatu instrumen yang digunakan ialah kepelbagai­an.

- Menabung secara konsisten. Seperti yang dinyatakan di atas ini, kita patut menyimpan secara tekal dan tidak memberi alasan kepada diri sendiri untuk tidak menabung bagi satu atau dua bulan. Berdaftarl­ah dalam program simpanan automatik jika ini adalah lebih mudah bagi anda.

- Nilai keperluan anda. Anda perlu tahu sasaran kewangan anda untuk mengetahui adakah anda berada di landasan yang betul. Anda juga perlu sentiasa mengikuti perkembang­an kos pendidikan yang terkini kerana kos ini secara amnya naik setiap tahun, nilai mata wang yang turun naik juga perlu diambil perhatian.

- Berfikiran positif. Tugas tersebut mungkin menggentar­kan tetapi janganlah memandang rendah keupayaan diri anda. Apa yang minda boleh fikir, minda boleh capai. Jika kita telah lakukan sebaik yang mungkin, serahkan sahaja selainnya kepada Tuhan. Jika Tuhan mentakdirk­an anak anda menjadi graduan, Dia akan menyediaka­n dananya. Jika tidak, Dia mempunyai rancangan lain bagi anak anda dan kita hanya perlu berserah kepada Tuhan.

- Letakkan jangkaan berpatutan. Bincanglah mengenai hal berkaitan dengan kewangan keluarga dengan anak dan letakkan jangkaan berpatutan dengan mereka. Jika terlalu susah untuk mengumpul jutaan ringgit untuk menghantar mereka ke luar negara, beritahula­h mereka awalawal bahawa mereka perlu belajar bersungguh­sungguh untuk biasiswa.

Sebagai ibu bapa, kita tentunya ingin memberikan pendidikan yang terbaik yang boleh diperoleh dengan wang kepada anak-anak kita.

Walau bagaimanap­un, kadangkala perkara yang terbaik bagi mereka tidaklah sehingga kita perlu mengorbank­an segala-galanya.

Pendidikan terbaik yang boleh ibu bapa berikan kepada anakanak bermula dari rumah, contohnya dengan menjadi model peranan yang baik dan dengan mengamalka­n apa yang mereka ajarkan.

Wang sebanyak mana pun tidak boleh menggantik­an peranan dan tanggungja­wab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak kita dengan baik. Ini tidak ternilai harganya!

 ??  ?? JADUAL 8
JADUAL 8
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia