Utusan Borneo (Sarawak)

‘Polis Evo’ menang pingat emas Anugerah PMAA Dragons 2016

Anugerah PMAA Dragons 2016

-

FILEM ‘Polis Evo’ terbitan Astro Shaw sebelum ini telah diangkat sebagai pemenang anugerah Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016 pada 20 Mei lalu.

Terbaru, filem box office Malaysia dengan kutipan sebanyak RM17.47 juta ini mengulangi kejayaan dengan dinobatkan sebagai pemenang anugerah Gold Award 2016 PMAA Dragons of Malaysia di PMAA Dragons 2016 baru-baru ini di acara ‘Secrets of the Dragon Masters’ yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Persidanga­n dan Anugerah PMAA Dragons Malaysia 2016 yang berlangsun­g selama satu hari pada 7 Oktober 2016 itu telah dianjurkan oleh Promotion Marketing Awards of Asia (PMAA).

PMAA Dragons mengiktira­f dan memilih kempen promosi pasaran yang terbaik di rantau Asia. Kempenkemp­en ini dikaji atas dasar strategi, keaslian, pelaksanaa­n kreatif dan keberkesan­annya.

Filem ‘Polis Evo telah’ menerima anugerah Emas Malaysia untuk Kempen Pemasaran Filem Polis Evo. Dalam kategori itu, ‘Polis Evo’ bersaing dengan 45 finalis lain.

Menariknya, Kempen Pemasaran Polis Evo yang dijayakan oleh Astro ini merupakan syarikat korporat pertama yang memenangi anugerah Emas Malaysia berbanding sebelum ini di mana kebanyakan­nya adalah dari agensi yang lebih menonjol sepanjang anugerah PMAAA Dragons ini diadakan.

Selain itu, wakil dari Astro iaitu Raja Jastina Arshad, Ketua Penjenamaa­n, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak turut membuat pembentang­an mengenai kehebatan filem tersebut bagi Program Anugerah Dragons 2016. Di hujung pembentang­annya, beliau memberitah­u untuk bersiap sedia bahawa ‘Polis Evo 2’ bakal menemui peminat dan filem itu kini telah memasuki proses awal produksi. Antara yang bertanggun­g jawab dalam penglibata­n Polis Evo ke Anugerah PMAA Dragons 2016 ialah Ketua Penjenamaa­n, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak, Raja Jastina Arshad, Norsalvina Alwee, Mohd Faizal Fauzi, Zahirah Abdul Rahim, Mohd Azwan Abdullah, Muhammad Naqib Othman, Noorhirwan Ibrahim, Ira Fazir Che Ishak, Eyvon Lee dan juga Sharad Sean Kumar.

 ??  ??
 ??  ?? WAKIL ASTRO: Raja Jastina Arshad, Ketua Penjenamaa­n, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak.
WAKIL ASTRO: Raja Jastina Arshad, Ketua Penjenamaa­n, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak.
 ??  ??
 ??  ?? AKAN KEMBALI: Gambar di atas menunjukka­n poster filem ‘Polis Evo’ lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Sekuel filem, ‘Polis Evo 2’ kini telah memasuki proses awal produksi.
AKAN KEMBALI: Gambar di atas menunjukka­n poster filem ‘Polis Evo’ lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Sekuel filem, ‘Polis Evo 2’ kini telah memasuki proses awal produksi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia