Utusan Borneo (Sarawak)

Filem pendek ‘Suraya’ dinobat karya terbaik AYYIF 2016

-

FILEM pendek berjudul ‘Suraya’ arahan Zulaikha Zakaria dari Universiti Multimedia muncul karya terbaik dalam Asian Youth Indie Film Festival 2016 (AYYIF) yang berlangsun­g di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah baru-baru ini.

Diilhamkan daripada kisah sebenar dihadapi Zulaikha iaitu pengarahny­a sendiri, ia mengisahka­n mengenai penari balet berusia 16 tahun, Suraya, yang terpilih membuat persembaha­n bertajuk Adam & Eve dan menghadapi konflik dengan ibunya yang sangat konservati­f sama ada mahu menerima atau tidak tawaran tersebut.

Penerbit filem ‘Suraya’, Ikhlas Khaled Novel Ngadimin berkata penggambar­an filem tersebut pada awal tahun ini mengambil masa selama empat hari dan membabitka­n 10 kru.

Filem itu turut memenangi kategori naratif terbaik dalam festival yang dirasmikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching dan kesemua pemenang mendapat trofi dan sijil penghargaa­n.

AYYIF 2016 mempertand­ingkan sembilan kategori anugerah dan penganjura­n kali kedua oleh UUM itu menarik 60 penyertaan dari dalam dan luar negara seperti Filipina, Thailand dan Indonesia.

Bagi kategori filem dokumentar­i terbaik, ia dimenangi Julien Miguel N. Hernandez dari Universiti Filipina dengan dokumentar­i bertajuk ‘Macho Gwapito’ dan kategori muzik video terbaik dimenangi Noor Shafiq Nordin dari Lightbroth­er Production dengan video bertajuk ‘Langkah Pendekar’.

Azfar Hamdii Mohd Saidi dari Mr The All Shared Production pula memenangi kategori pesanan khidmat masyarakat terbaik melalui karyanya bertajuk ‘Gentleman’, manakala filem pendek bertajuk ‘Dendam’ arahan Illman Farihin Rasid dari Sekolah Menengah Agama Johor Bahru muncul kategori ‘Young Mind’ terbaik.

Filem pendek ‘Dumpling Dilemma’ arahan Yu Jin dan Andy Friz dari Collumbus College of Art and Design, Ohio Amerika Syarikat pula merangkul anugerah khas Non-Asian, manakala filem pendek ‘Pagari Bulan’ arahan

Raja

Aidzal Hakim dari Centro Picture menerima anugerah khas juri.

AYYIF kali ini turut memberikan dua anugerah khas iaitu Ikon Pelakon Filem Generasi Muda kepada Pekin Ibrahim dan Ikon Pengarah Filem Generasi Muda kepada Shamsul Yusof.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika ditemui media berkata, penganjura­n festival itu bertujuan mencungkil bakat baharu pelajar di seluruh Asia dalam bidang industri kreatif selain memberi keyakinan kepada mereka untuk menceburi industri seni kreatif yang tiada had dan sempadan.

“Kita tahu bahawa industri kreatif, media dan seni persembaha­n ini satu bidang yang sangat pesat berkembang dan boleh menjana kekayaan besar serta melahirkan banyak usahawan dan karyawan,” katanya.

Jelasnya, UUM sendiri telah menubuhkan sebuah pusat pengajian baharu iaitu Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n yang saling berkaitan dengan Pusat Pengajian Multimedia Teknologi Komunikasi dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu dalam bidang itu.

“Kedua-dua pusat pengajian ini mempunyai program yang berkaitan dengan industri kreatif. Saya percaya inilah bidang yang boleh lahirkan banyak bakat muda dan usahawan dan pelajar serba boleh,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIIKTIRAF: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching (tengah) menyampaik­an Anugerah Filem Pendek Terbaik kepada penerbit filem ‘Suraya’, Ikhlas Khaled Novel Ngadimin (kiri). Turut hadir Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)...
— Gambar Bernama DIIKTIRAF: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching (tengah) menyampaik­an Anugerah Filem Pendek Terbaik kepada penerbit filem ‘Suraya’, Ikhlas Khaled Novel Ngadimin (kiri). Turut hadir Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)...
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGARAH GENERASI MUDA: Shamsul Yusof (kiri) menerima Anugerah Ikon Pengarah Filem Generasi Muda daripada Mary Yap.
— Gambar Bernama PENGARAH GENERASI MUDA: Shamsul Yusof (kiri) menerima Anugerah Ikon Pengarah Filem Generasi Muda daripada Mary Yap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia