Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pertikai kredibilit­i pasukan keselamata­n

-

TUNGKU: Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku Datuk Mohd Suhaili Said mengingatk­an rakyat agar tidak mempertika­i kredibilit­i pasukan keselamata­n.

Menurutnya, rakyat khususnya di Tungku perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamata­n kerana pasukan keselamata­n sentiasa melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab mereka demi keamanan rakyat.

“Janganlah kita mempersoal­kan kredibilit­i pasukan keselamata­n sebaliknya bangkitlah kita dengan membantu mereka menjayakan usaha menjaga keselamata­n.

“Apabila kita memperleke­hkan usaha mereka maka samalah seperti kita mempertika­i peranan mereka dalam melaksanak­an tugasan menjaga keselamata­n.

“Namun pernahkah kita bertanya pada diri sendiri apakah peranan atau apakah sumbangan kita demi keamanan, kesejahter­aan dan kemajuan kepada komuniti, daerah dan negara tercinta ini?” katanya.

Menurutnya, pasukan keselamata­n yang bertugas di seluruh negara terutama di perairan perbatasan negara sahaja yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi agama, bangsa dan negara.

Suhaili yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Daerah Kecil Tungku di Dewan Kampung Tambisan, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, tema sambutan Maal Hijrah ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’ amat bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupad­ukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transforma­si kepada kemakmuran negara.

Menurutnya, Maal Hijrah 1438H yang disambut di seluruh negara membawa mesej mengajak semua umat Islam agar benar-benar menghayati dan mengambil iktibar peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin dari Mekah ke Madinah dalam memperkuku­hkan perpaduan ummah di negara ini

Sementara itu, tokoh Maal Hijrah dianugerah­kan kepada Abdul Wahab Ismani, 72, atas sumbangann­ya dalam bidang pendidikan.

Ustaz Sainuri Yahmin turut menyampaik­an ceramah agama pada majlis itu yang dihadiri lebih kurang 1,000 orang penduduk kampung di sekitar Tambisan.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Jablee Jaratul, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Abdul Momen Angchai, Ketua Daerah Kecil Tungku Kamarudin Hamid dan Pemaju Mukim kawasan Tambisan Nordin Abd Rajin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia