Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh nelayan bersama bom ikan ditahan Maritim Malaysia

-

KOTA KINABALU: Tujuh nelayan yang dipercayai melakukan aktiviti pengeboman ikan berhampira­n Pulau Manukan ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini, Isnin lalu.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya turut merampas kira- kira 400 kilogram ikan, sejumlah bahan letupan serta peledak daripada anak kapal semasa operasi dijalankan.

Katanya, tangkapan dijalankan semasa anggota Maritim Malaysia menjalanka­n operasi rutin di kawasan sekitar Pulau Manukan kirakira jam 11.15 malam 10 Oktober lalu.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap bot nelayan yang berada dalam keadaan mencurigak­an terbabit mendapati sejumlah 400 kilogram ikan pelbagai jenis ditangkap di dalam bot berkenaan.

“Selepas menjalanka­n siasatan lanjut, anggota kita mendapati bahan letupan yang digunakan untuk menangkap ikan terbabit adalah bom yang dihasilkan sendiri oleh tujuh anak kapal itu,” katanya.

Zubil berkata lima daripada tujuh anak kapal mempunyai dokumen yang meragukan manakala selebihnya gagal mengemukak­an sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya kesemua suspek berumur 20 hingga 50 tahun terbabit kemudianny­a ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia