Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki curi komponen kereta diberkas polis

-

KUDAT: Polis menangkap tiga lelaki rakyat tempatan yang disyaki terlibat dalam kes mencuri komponen kereta di kawasan tempat letak kereta terminal feri, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata, ketiga-tiga suspek masing-masing berumur 26 dan 35 tahun, berasal dari daerah ini.

Katanya, pada 2 Oktober kira-kira jam 10 pagi di Kampung Limbuak Laut, pengadu seorang lelaki berusia 41 tahun berasal dari Labuan dimaklumka­n rakannya di Kudat bahawa telah melihat kereta pengadu jenis Hyundai warna kuning keemasan di tempat letak kereta terminal feri yang sudah hilang tiga rim sport berserta tayarnya dipercayai dicuri.

Katanya, pengadu meletakkan keretanya di tempat letak kereta di terminal itu untuk pergi ke Pulau Banggi bagi menghadiri majlis perkahwina­n adiknya di Kampung Limbuak Laut, dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Pada 6 Oktober kira-kira jam 2.40 petang, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Ganesh Arumugam berjaya menangkap tiga suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini.

“Polis juga merampas satu rim sport warna merah dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil. Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan,” katanya.

Douglas berkata ketiga- tiga suspek direman selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 kanun yang sama.

Menurut beliau, mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara satu hingga tujuh tahun dan juga dikenakan denda, dan Seksyen 411 kanun yang sama jika disabitkan boleh dipenjara enam bulan hingga lima tahun dan denda.

 ??  ?? DIRAMPAS: Douglas (kiri) dan Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah ASP Peter Matinjal (dua kanan) menunjukka­n rim kenderaan dan Perodua Kancil yang dirampas daripada suspek. Turut kelihatan, Pegawai Penyiasat Inspektor Ganesh Arumugam.
DIRAMPAS: Douglas (kiri) dan Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah ASP Peter Matinjal (dua kanan) menunjukka­n rim kenderaan dan Perodua Kancil yang dirampas daripada suspek. Turut kelihatan, Pegawai Penyiasat Inspektor Ganesh Arumugam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia