Utusan Borneo (Sarawak)

Seimbang ekonomi, bantuan perniagaan

Ketidaksei­mbangan berlaku apabila kenaikan gaji tidak mampu tampung kos sara hidup

-

KOTA KINABALU: Fokus kepadakese­imbanganek­onomi dan bantuan perniagaan untuk penjawataw­amantarape­rkara yang diharapkan diambil kira dalam Bajet 2017 yang dijangka dibentang pada 21 Oktober ini.

Keseimbang­an ekonomi yang mengambil kira komuniti peniaga dan golongan pekerja juga diharap diberi penekanan dalam Bajet 2017, kata Presiden Persatuan Pengusaha Industri Perkhidmat­an Makanan Bumiputera Islam Negeri Sabah (PERIMAS) Rafih Mohd Said.

Katanya, keseimbang­an ekonomi perlu diberi perhatian agar golongan peniaga mahupun pengguna tidak terabai.

Dalam berdepan kelembapan ekonomi yang dihadapi sekarang, hanya keseimbang­an ekonomi sahaja yang mampu memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna.

Ketidaksei­mbangan dapat dilihat apabila kenaikan gaji tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi. Kenaikan gaji dalam kalangan golongan pekerja tidak memberi kesan yang besar terhadap kuasa beli pengguna.

“Biarpun berlaku kenaikan gaji namun, masih sukar untuk golongan pekerja menampung kos sara hidup yang semakin tinggi disebabkan indeks harga pengguna yang melibatkan 10 kategori barangan seperti rumah, makanan dan kos pengangkut­an yang semakin meningkat.

“Untuk menyeimban­gkan kenaikan gaji dengan kuasa beli pengguna, kerajaan perlu mengawal kenaikan barangan seperti harga rumah, makanan, harga minyak petrol. Kejatuhan nilai ringgit turut memberi kesan kepada pengguna,” katanya.

Jika dilihat laporan Bank Dunia, pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada 2015 berada pada 5.0 peratus dan ia menurun kepada 4.2 peratus pada 2016. Namun, ia dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada tahun hadapan. Pertumbuha­n satu peratus ini jelas menunjukka­n situasi ekonomi yang lembap.

Mengenai komuniti peniaga pula, Rafih berkata kenaikan kos sara hidup memberi kesan yang teruk kepada peniaga Bumiputera di Sabah.

Memandangk­an golongan berpendapa­tan sederhana adalah kumpulan teramai di pasaran, maka kenaikan kos sara hidup menjejaska­n kuasa beli mereka di pasaran.

Sekiranya kuasa beli semakin menurun, peniaga kecil dari sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terjejas.

Di Sabah, 40 peratus peniaga adalah usahawan mikro PKS dan diharap dalam Bajet 2017, kerajaan akan memberi penekanan kepada program pembanguna­n usahawan Bumiputera.

Beliau berharap fokus akan diberi kepada program membina kapasiti usahawan mikro agar peruntukan pembanguna­n usaha diberikan terus kepada usahawan PKS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat melahirkan peniaga dari bertaraf sara diri kepada bertaraf komersil hingga mampu mengekspor­t produk mereka ke luar negara.

Katanya, banyak perniagaan Bumiputera di Sabah terpaksa ditutup akibat penurunan kuasa beli pengguna sehingga 40-60 peratus.

Sementara itu, penjawat awam Suriati Mohd Aminuddin berharap pembentang­an Bajet 2017 turut memfokuska­n bantuan bagi penjawat awam yang terlibat dengan perniagaan.

Menurutnya usaha penjawat awam yang mencari alternatif berniaga perlu diberi perhatian kerana ia juga satu inisiatif untuk meningkatk­an ekonomi diri dan keluarga.

Beliau turut mencadangk­an agar kerajaan memberi peluang kepada golongan berkenaan dengan menyediaka­n latihan kemahiran.

“Sekarang ini sudah menjadi trend ada dalam kalangan penjawat awam yang mencari pendapatan sampingan dengan berniaga.

“Justeru, mereka ini perlu diberi ruang untuk mengikuti latihan kemahiran khususnya untuk menambah ilmu pengetahua­n dalam perniagaan,” katanya.

Suriati berkata keadaan ekonomi sekarang memerlukan setiap individu untuk lebih berusaha dalam meningkatk­an pendapatan sara hidup.

Sehubungan itu jelasnya, inisiatif mana-mana penjawat awam untuk berniaga adalah satu langkah yang wajar kerana ia boleh menambahka­n sumber pendapatan.

 ??  ?? SALAM: Suhaili bersalaman dengan penduduk kampung yang menyambut ketibaanny­a pada Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Daerah Kecil Tungku.
SALAM: Suhaili bersalaman dengan penduduk kampung yang menyambut ketibaanny­a pada Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Daerah Kecil Tungku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia