Utusan Borneo (Sarawak)

Maritim Malaysia patahkan cubaan masuk secara haram ke Malaysia

-

SEMPORNA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan dua bot pam yang disyaki masuk secara haram ke negara ini melalui perairan Pulau Boheyan, di sini, kelmarin.

Maritim turut menahan sembilan awak-awak lelaki dewasa warga asing berusia 22-27 tahun yang turut gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Maritim Pangkalan Semporna Left Komander (M) Kama Azri Kamil berkata, laporan kehadiran bot- bot mencurigak­an itu mula diterima kira-kira jam 12.45 tengah malam.

“Kita menerima maklumat daripada Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( ESSCom) mengenai botbot terbabit yang dikesan menerusi radar,” katanya di sini kelmarin.

Katanya, rondaan yang dijalankan di sekitar lokasi yang dilaporkan sebelum ber- jaya mengesan dan menahan kedua-dua bot kira-kira jam 1.45 pagi.

Berikutan itu, beliau berkata kedua- dua bot pam terbabit dan kesemua awakawak terlibat ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/ 63 dan dibawa ke Jeti Kem Azumi.

“Kita berharap kesemua penduduk di daerah ini mematuhi setiap garis panduan yang sedia ada sekiranya ingin keluar-masuk perairan negara khususnya di Semporna,” katanya.

Kama Azri berkata kerjasama semua pihak amat ditagih untuk menyalurka­n sebarang maklumat khususnya berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang maritim.

Katanya penyaluran maklumat berkaitan boleh disalurkan dengan menghubung­i talian MERS 999 atau Pusat Operasi DM18 di talian 089750116.

 ??  ?? DITAHAN: Kesemua awak-awak yang diberkas didapati gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri.
DITAHAN: Kesemua awak-awak yang diberkas didapati gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri.
 ??  ?? BOM IKAN: Zubil (dua kanan) bersama pegawai Maritim Malaysia dan anggotanya bersama tujuh suspek dan barangan rampasan.
BOM IKAN: Zubil (dua kanan) bersama pegawai Maritim Malaysia dan anggotanya bersama tujuh suspek dan barangan rampasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia