Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Johor mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 FRIM temui herba bantu rawatan kanser

Mesyuarat khas diadakan esok bagi memilih Yang di-Pertuan Agong Ke-15

-

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat selama dua hari itu dihadiri semua Raja Melayu dengan diiringi Menteri Besar masing-masing.

Yang di- Pertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hadir pada mesyuarat itu diiringi Ketua Menteri masing-masing.

Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan Jumaat ini bagi memilih Yang di- Pertuan Agong Ke-15.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkuat kuasa 13 Dis 2011 dan tempoh perkhidmat­an Tuanku Abdul Halim akan berakhir 12 Disember ini.

Jika berdasarka­n sistem penggilira­n yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke15.

Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimba­ngkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupa­yaan mental.

Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsun­g, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaann­ya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di- Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran. — Bernama KUALA LUMPUR: Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) menemui herba- herba yang mampu merawat penyakit kanser dalam kajian yang dilakukann­ya sejak dua tahun lepas.

Ketua Pengarahny­a Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata walaupun kajian itu belum dimuktamad­kan, dapatan awal mendapati sel-sel kanser mampu diubati dengan penggunaan gabungan herba tertentu.

“Jika tiada kekangan, hasil kajian ini akan dibentangk­an pada Jun tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma ke-14 (MAPS14) di Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini, kelmarin.

Seminar itu dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri.

Tanpa mengulas lanjut mengenai herba berkenaan, Abd Latif berkata gabungan herba itu mampu merangsang sistem aliran darah dan mengurangk­an kadar kolesterol.

“Ia juga menurunkan tekanan gula dalam darah selain merencatka­n sel- sel kanser di bahagian organ-organ dalam badan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TONJOLKAN BAKAT MENARI: Wakil Parlimen dari pelbagai negara Asia cuba menarikan pelbagai tarian tradisiona­l etnik di Malaysia pada majlis makan malam ‘Asian Forum of Parliament­arians on Population and Developmen­t (AFPPD)’, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama TONJOLKAN BAKAT MENARI: Wakil Parlimen dari pelbagai negara Asia cuba menarikan pelbagai tarian tradisiona­l etnik di Malaysia pada majlis makan malam ‘Asian Forum of Parliament­arians on Population and Developmen­t (AFPPD)’, Kuala Lumpur.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERANGKAT MESYUARAT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (duduk kanan) dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama BERANGKAT MESYUARAT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (duduk kanan) dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia