Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai Bersekutu APM main peranan sebelum, semasa dan selepas bencana

-

SEREMBAN: Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dilantik berperanan memberi khidmat kaunseling kepada warga penyelamat dan mangsa yang trauma semasa dan selepas bencana.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APM Datuk Selamat Dahalan berkata lantikan Pegawai Bersekutu Kumpulan adalah dari kalangan kakitangan Insti- tusi Pengajian Awam dan swasta serta Kolej Komuniti (JPKK) Negeri Sembilan.

“Ketika ini, penglibata­n Pegawai Bersekutu bersempena dengan ‘Bulan Kesiapsiag­aan Nasional’ sepanjang Oktober ini lebih kepada kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas bencana.

“Penglibata­n golongan ini juga melibatkan kajian serta khidmat nasihat kepada persediaan dan persiapan menghadapi kecemasan dan bencana seperti memberi khidmat kaunseling kepada warga APM dan mangsa yang mengalami trauma semasa atau selepas bencana.

“Dengan pelantikan ini, maka Pegawai Bersekutu diharap telah bersedia memikul tanggungja­wab membantu APM dalam melaksnaak­an sebarang aktiviti kesedaran menghadapi kecemasan dan bencana kepada rakyat,” katanya semasa berucap pada majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Watikah Perlantika­n Pegawai Bersekutu, Pegawai Pasukan dan Pegawai Tidak Bertauliah di sini semalam.

Selamat berkata peluasan penglibata­n golongan intelektua­l dalam kalangan warga IPT digalakkan selaras dengan pindaan Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221) pindaan 2016 yang mula berkuat kuasa 1 Sept ini di bawah Seksyen 7G.

“Dengan pelantikan itu, tuana-tuan dan puan-puan akan menjadi contoh ikutan kepada pegawai, kakitangan bawahan dan pelajar itu sendiri.

“Sumbangan keringat dan khidmat nasihat tuan-tuan amat diperlukan dalam melaksanak­an tugas pengurusan dan latihan pasukan mahupun operasi menyelamat bagi membentuk satu organisasi APM yang mantap dan efisien,” katanya.

Sehingga kini, dianggarka­n kira-kira 3,500 telah dilantik sebagai pegawai kehormat dan bersekutu di seluruh nergara melibatkan empat kategori, iaitu akademik, politik, korporat dan kementeria­n.

Pada majlis itu, 67 pegawai dan anggota dianugerah­kan pangkat dan watikah termasuk lantikan Pegawai Pasukan Pertahanan Awam dan lantikan lainlain pangkat anggota APM. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia