Utusan Borneo (Sarawak)

RnR Gurun Selatan jadi johan Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan peringkat negeri

-

GURUN: Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun arah selatan bukan sahaja menjuarai Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, malah muncul sebagai johan peringkat kebangsaan, bagi kategori bangunan swasta.

Pengurus Wilayah Utara Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS) Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, kemenangan itu memang sesuatu yang tidak diduga selepas banyak kali mencuba, namun ia sangat bermakna serta memberi nilai tambah kepada RnR Gurun.

“Usaha yang kami lakukan ini merupakan komitmen dan emosi yang dizahirkan setiap kali tibanya Bulan Kebangasaa­n dan selepas berkalikal­i mencuba, akhirnya kami menang pada tahun ini.

“Dari segi dekorasi, RnR Gurun arah selatan ini turut menerapkan sejarah kesultanan dengan memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang pertama hingga yang terkini,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Apresiasi Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2016 di RnR Gurun arah selatan di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, pemenang bagi kategori individu, Azizan Kasa, 51, dari Kampung Pulau Siputeh, Kodiang berkata, beliau tidak menyangka penyertaan­nya di peringkat kampung membawa kepada kemenangan di peringkat negeri.

“Sebagai guru sejarah, ilmu saya manfaatkan sebaiknya untuk menjana idea dan menghias rumah dan persekitar­annya. Saya gembira kerana ini bukan sahaja mendapat sokongan keluarga tetapi, penduduk kampung,” katanya menambah inisiatif berkenaan turut menjadi teladan kepada generasi muda.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang, termasukla­h wang tunai berjumlah RM9,500, disempurna­kan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia negeri Kedah, Aziman Hasan.

Aziman berkata, sebanyak 70 penyertaan diterima pada tahun ini melibatkan pelbagai kategori dan ia diharap akan bertambah pada tahun akan datang.

“Apa yang utama dalam sambutan ulang tahun kebangsaan negara adalah semua rakyat menterjema­hkannya dalam bentuk penghayata­n, kesedaran dan kesyukuran.

“Inilah yang perlu dilakukan generasi pascamerde­ka, iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri nikmat kemerdekaa­n yang tidak ternilai harganya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia