Utusan Borneo (Sarawak)

Husni gesa kerajaan melihat ke Jepun tangani penduduk warga tua

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melihat kepada Jepun dari segi mewujudkan pekerjaan untuk penduduk warga tua yang akan muncul tidak lama lagi, kata Presiden Forum Asia mengenai Ahli Parlimen berkaitan Penduduk dan Pembanguna­n (AFPPD) Malaysia Datuk Seri Husni Hanadzlah.

“Kita boleh melihat kepada Jepun.

Di sana penduduk tua masih boleh bekerja dan mendapat pekerjaan, jadi kita perlu berusaha mewujudkan pekerjaan sesuai untuk penduduk tua,” katanya kepada Bernama selepas majlis jamuan malam diberikan oleh AFPPD untuk para anggota Parlimen Asia di sini malam kelmarin.

“Kita perlu mengambil pendekatan holistik tentang bagaimana mentransfo­rmasi ekonomi negara menerusi ekonomi inovatif.

“Bila kita mempunyai ekonomi inovatif, kita menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

“Jadi kita perlu melihat cara bagaimana membantu kerajaan memperkuku­h kedudukan kewanganny­a,” kata Ahmad Husni, bekas Menteri Kewangan Kedua.

Beliau juga berkata antara isu lain yang melibatkan pendududk tua yang perlu diperkukuh ialah penjagaan kesihatan negara dengan menyediaka­n penjagaan kesihataan yang termampu.

Sebaliknya, Ahmad Husni menegaskan perimustah­aknya mengadakan rumah kebajikan yang baik di negara ini bagi menampung keperluan penduduk tua masa kini dan masa hadapan.

Tiga puluh ahli Parlimen dan pakar- pakar dari 13 negara, termasuk China, Jepun, Indonesia dan Sin- gapura mengadiri forum itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Pembanguna­n Asia Jepun, dan Tabung Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persekutua­n Keibubapaa­n Terancang Antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia