Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas senator Azumu Tak, meninggal dunia

-

IPOH: Bekas senator Datuk Azumu Tak, 80, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ di sini, kelmarin.

Anak Allahyarha­m, Azlan, 50, berkata Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir kira- kira jam 3.30 petang setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Sabtu, akibat bengkak di bahagian telinga.

“Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang, Fair Park di sini kira-kira 11 pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Menurut Azlan, Allah- yarham turut mengalami komplikasi jantung, menghidap penyakit kanser hidung serta buah pinggang dan menerima rawatan di beberapa hospital termasuk di Pusat Perubatan Universiti Malaya selama setahun.

Beliau berkata walaupun keadaan kesihatan Allahyarha­m tidak berapa baik, namun ingatannya masih kuat dan tetap bersemanga­t untuk menjalani kehidupan harian.

“Allahyarha­m tinggal bersama isteri kedua di Tambun. Beliau berjalan menggunaka­n tongkat tetapi masih semangat untuk menghadiri majlis perkahwina­n saudaramar­a dan berhasrat untuk menghadiri mesyuarat UMNO,” katanya.

Azumu yang dilahirkan di Kampung Kepayang, Fair Park di sini, pada 7 Mei 1936 adalah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati dalam kalangan masyarakat dan anggota politik.

Allahyarha­m pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ipoh lebih 10 tahun dan senator selama dua penggal pada era 80-an.

Allahyarha­m meninggalk­an tiga isteri dan lapan anak hasil perkahwina­n pertama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia