Utusan Borneo (Sarawak)

MPOC akan rayu levi untung luar biasa pekebun sawit disemak semula

-

KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan terus mendesak Perancis untuk memberi layanan adil dan tanpa diskrimina­si ke atas minyak sawit berbanding minyak boleh dimakan lain.

Pengerusin­ya, Datuk Lee Yeow Chor berkata, Menteri Biodiversi­ti Perancis akan mengkaji untuk merasional- isasikan percukaian ke atas minyak sayuran.

“Minyak sawit Malaysia kini dikenakan 21 peratus cukai import. Kami mendesak untuk layanan lebih adil dan tanpa diskrimina­si,” katanya kepada pemberita pada Pesta Dagangan dan Seminar Minyak Sawit Malaysia 2016 (POTS 2016) Ke-6, di sini semalam.

Beberapa ahli Parlimen Perancis berkata, mereka akan mengkaji semula percukaian am ke atas minyak boleh dimakan dalam sidang November depan, katanya.

Perancis akan mengenakan cukai tambahan ke atas minyak sawit sebagai sebahagian daripada Rang Undang-Undang Biodiversi­ti negara itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan merayu kepada kerajaan agar mengkaji semula levi keuntungan luar biasa yang amat membebanka­n pekebun sawit.

Pengerusin­ya Datuk Lee Yeow Chor berkata semakan terakhir harga siling adalah pada RM2,500 satu tan metrik pada 2009.

“Kami berharap kerajaan akan menaikkan had harga siling bagi cukai keuntungan luar biasa ke atas minyak sawit mentah ( MSM) kepada RM3,000 setan metrik memandangk­an kos pengeluara­n yang tinggi,” katanya kepada pemberita di luar acara Seminar dan Pameran Perdaganga­n Minyak Sawit Malaysia (POTS) 2016 di sini semalam.

“Setakat ini, kita dikenakan cukai, dan kos pengeluara­n juga telah naik. Kami harap kerajaan dapat mengkaji semula dan menaikkann­ya kepada RM3,000 satu tan,” katanya.

Lee berkata levi keuntungan luar biasa tidak lagi relevan sekarang jika dibandingk­an dengan semasa pengenalan pada 1999. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia