Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan cawangan bank tingkat kecekapan operasi

Transaksi kini lebih banyak dilakukan melalui platform digital

-

KUALA LUMPUR: Penutupan cawangan-cawangan bank merupakan satu usaha yang berterusan bagi meningkatk­an keberkesan­an operasi institusi kewangan itu, kata Persatuan BankBank Malaysia ( ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (ABIM).

Persatuan terbabit dalam satu kenyataan bersama semalam, berkata kemajuan dan perkembang­an dalam teknologi serta pembayaran elektronik membolehka­n kemudahan menjalanka­n transaksi perbankan tanpa perlu mengunjung­i cawangan bank fizikal.

“Transaksi sudah men- jadi semakin automatik bagi menggalakk­an kecekapan yang lebih baik. Dalam persekitar­an ini, bank-bank mula memberi tumpuan kepada platform digital, berbanding dengan cawangan fizikal bagi menyampaik­an perkhidmat­an mereka kepada pengguna dan perniagaan,” kata kenyataan tersebut.

Walaupun terdapat peralihan kepada platform elektronik, usaha menyampaik­an khidmat perbankan yang berkualiti tidak akan diabaikan.

“Institusi perbankan akan terus berusaha bagi menyediaka­n pembiayaan untuk menyokong semua sektor ekonomi. Bank juga akan memastikan bahawa semua lapisan rakyat termasuk yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai akses kepada perkhidmat­an perbankan.”

Dalam landskap kewangan baharu ini, sektor perbankan agak optimistik dengan prospek pekerjaan dalam industri, kata persatuan-persatuan itu.

“Untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan, kakitangan bank mungkin perlu dipindahka­n dan diberi latihan semula bagi memenuhi tuntutan keperluan industri yang sentiasa berkembang.

Industri perbankan akan meningkatk­an fokus dalam bidang-bidang seperti pengurusan risiko, pemantauan penipuan, laporan pengawalse­liaan, pematuhan pencegahan pengubahan wang haram, keselamata­n siber dan teknologi maklumat.

“Anggota kami mempunyai set strategi dan rancangan mereka sendiri dengan mengambil kira urusan keperluan tenaga kerja berdasarka­n matlamat perniagaan masing-masing,” kata persatuan itu.

Sektor perbankan adalah salah satu sektor berasaskan pengetahua­n dan memiliki produktivi­ti yang tinggi dalam ekonomi ini, ia merangkumi 72 peratus tenaga kerja berkemahir­an tinggi berbanding sektor kewangan yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia