Utusan Borneo (Sarawak)

Produk ‘Sadaqah House’ mampu tangani masalah sosioekono­mi

-

KUALA LUMPUR: Institusi perbankan Islam dapat membantu menangani masalah sosioekono­mi dengan menawarkan produk ‘ Sadaqah House’ atau ‘Bait as-Sadaqah’ yang berasaskan sedekah, kata ahli akademik Kolej Universiti Islam Antarabang­sa (KUIS).

Pengarah Pusat Penyelidik­an Antarabang­sa Ekonomi Islam dan Kewangan (IRCIEF) KUIS, Dr Latifa Bibi Musafar Hameed berkata Sadaqah House yang juga produk pelaburan perbankan, dapat mengurangk­an jurang antara golongan miskin dan kaya dengan menyediaka­n keperluan kewangan serta memenuhi permintaan sektor kebajikan sosial.

Menurutnya, inisiatif yang diperkenal­kan oleh pengasas dan bekas Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Datuk Dr Abdul Halim Ismail, menyaksika­n penglibata­n bank-bank berlesen sebagai pemegang amanah kepada dana masyarakat dalam bentuk sumbangan atau sedekah daripada pelanggan dan kemudianny­a digunakan bagi tujuan pelaburan.

“Hasil pelaburan ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk termasuk sumbangan sedekah atau geran perniagaan manakala sumbangan awal dana masyarakat itu akan kekal untuk dilabur semula.

“Ini dapat membantu me- nangani masalah kemiskinan dan penganggur­an selain membolehka­n golongan miskin dan kurang berkemampu­an meneruskan hidup menerusi inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar Syarahan Awam Kewangan Islam Mengenai Ekonomi Sosial 2016 anjuran IRCIEF dan Institut Latihan Penyelidik­an dan Latihan Islam (IRTI), di sini.

Mengulas lanjut, Latifah berkata institusi perbankan Islam juga dapat menonjolka­n perbezaan mereka daripada rakan konvension­al dengan melaksanak­an elemen kebajikan sosial berkenaan.

Pihak bank dapat menawarkan produk Sadaqa House itu dengan memanfaatk­an infrastruk­tur sedia ada mereka.

“Bagaimanap­un, mereka perlu melaksanak­an kajian lanjut untuk menjadikan­nya satu kenyataan dan usaha itu perlu dimulakan dari sekarang.

“Masyarakat sememangny­a amat terbuka untuk menderma dan kami menjangkak­an ia akan mendapat sambutan baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata, banyak institusi dalam sektor kebajikan sosial, sepertiman­a yang berkaitan dengan sedekah dan wakaf, boleh dibangunka­n lagi serta dioptimumk­an.

“Malaysia boleh menjadi perintis dalam sektor kebajikan sosial ini jika segmen ini diberi lebih banyak perhatian,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan untuk memahami kewangan Islam dan produkprod­uk perbankan berkaitan dalam usaha menjadikan agenda ‘ Maqasid Syariah’ iaitu berteraska­n Syariah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia