Utusan Borneo (Sarawak)

Pembiayaan perumahan perlu diberi keutamaan dalam Bajet 2017

-

KUALA LUMPUR: Portal hartanah dalam talian, PropertyGu­ru, berpendapa­t akses kepada pembiayaan perumahan perlu diberi keutamaan dalam Bajet 2017 seiring peningkata­n penawaran rumah mampu milik.

PropertyGu­ru berkata langkah tertentu perlu diambil untuk mengembali­kan keyakinan pengguna dan merangsang semula pasaran perumahan susulan kemerosota­n pasaran hartanah Malaysia.

“Kajian sentimen pengguna baru-baru ini menunjukka­n penolakan permohonan pinjaman masih menjadi antara sebab utama kurangnya transaksi.

“Bagaimanap­un hasrat untuk membeli rumah masih tinggi dengan 56 peratus pengguna mengatakan hasrat membeli hartanah tahun ini,” kata portal itu dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut PropertyGu­ru, data Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) pula menunjukka­n hanya 7,172 unit rumah baharu dilancarka­n pada separuh pertama 2016 berbanding 9,938 unit pada separuh kedua 2015.

Daripada jumlah berkenaan, hanya 39 peratus unit yang dilancarka­n pada separuh pertama 2016 telah terjual berbanding 62 peratus pada separuh kedua 2015, kata kumpulan hartanah dalam talian tersebut.

Oleh itu, PropertyGu­ru mencadangk­an supaya nisbah plot kawasan pembanguna­n perumahan ditingkatk­an di samping penilaian kelayakan pinjaman berdasarka­n pendapatan kasar dengan tempoh pinjaman dilanjutka­n sehingga 40 tahun.

“Selain itu Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) boleh ditawarkan kepada kumpulan pembeli rumah kali pertama tetapi dengan kriteria lebih ketat berdasarka­n kelayakan pendapatan dan jenis hartanah,” menurut PropertyGu­ru.

Selain itu, menurut portal berkenaan, penguranga­n Kadar Dasar Semalaman baru-baru ini tidak memberi kesan ketara kepada sektor hartanah.

“Penguranga­n seterusnya, yang lebih besar, diperlukan pada penghujung 2016 supaya ia memberi impak positif.

“Penguranga­n kadar faedah sebanyak 0.5 hingga satu peratus untuk pembeli rumah kali pertama bagi rumah mampu milik boleh dipertimba­ngkan sebagai insentif khas dalam membantu mereka,” kata PropertyGu­ru.

Pengurus Negara, PropertyGu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata lazimnya pemaju tidak berhasrat menjadi pembiaya, memandangk­an ia akan menyebabka­n pemaju terpaksa menggabung­kan modal yang boleh digunakan untuk membeli tanah dan memajukan projek.

“Statistik kami menunjukka­n 84 peratus pembeli hartanah mendapatka­n pinjaman untuk membeli rumah. 47 peratus memilih mendapatka­n margin pinjaman 90 peratus, sementara 25 peratus memilih margin pinjaman antara 70 dan 80 peratus,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia