Utusan Borneo (Sarawak)

Perniagaan perlu manfaatkan perdaganga­n secara mudah alih

-

KUALA LUMPUR: Perniagaan tempatan, sama ada kecil atau besar, perlu memanfaatk­an perdaganga­n secara mudah alih (m-dagang) dengan mengamalka­n strategi mudah alih dalam menguruska­n operasi harian mereka, menurut Facebook.

Pengarah Negara Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata telefon bimbit pintar semakin menjadi keperluan dengan lebih 62 peratus individu menyemak telefon masingmasi­ng lebih 30 kali sehari.

Sepanjang tempoh itu, mereka juga akan menyemak akaun Facebook lebih 14 kali.

“Kira-kira 94 peratus rakyat Malaysia di Facebook melayari laman produk dan jenama di platform itu, yang disusuli pembelian tiga daripada lima produk.

“Berdasarka­n satu daripada dua pengguna Internet Malaysia membeli-belah secara mudah alih, m-dagang menyaksika­n pertumbuha­n 300 peratus lebih pantas berbanding e-dagang tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas acara ‘Mudah Alih Pacu Perdaganga­n’ di sini, semalam.

Acara separuh hari tersebut, anjuran Facebook, menghimpun­kan ahli perniagaan dan pemasaran serta pakar industri, untuk membantu mereka mencapai pengguna yang mengutamak­an mudah alih pada masa kini di Malaysia.

Tan berkata terdapat banyak peluang besar yang belum dimanfaatk­an dalam aspek itu dengan perbezaan AS$ 937 juta antara audiens digital dan pelaburan perniagaan.

“Berdasarka­n kadar pesat perkembang­an budaya mudah alih di Malaysia, perniagaan perlu mengamalka­n strategi mudah alih yang dapat mencapai individu dalam setiap urusan kepelbagai­an perdaganga­n.

“Kami komited untuk membantu perniagaan berkembang dan mencapai lebih 19 juta individu dalam Facebook di Malaysia, sama ada pembanguna­n jenama, penjanaan permintaan serta memacu jualan, melalui kempen bersepadu di televisyen, Facebook dan Instagram,” katanya.

Terdahulu, semasa pembentang­an beliau di acara itu, Tan berkata strategi mudah alih juga mempunyai impak penting terhadap jualan luar talian dengan 49 peratus pembelian di gedung jualan dipengaruh­i tarikan digital. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia