Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n minyak sawit dijangka susut 5-8% tahun ini kerana El Nino

-

KUALA LUMPUR: Pengeluara­n minyak sawit Malaysia dijangka susut antara lima peratus dan lapan peratus pada tahun ini disebabkan cuaca panas dan kering El Nino yang berpanjang­an, kata Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Lee Yeow Chor.

Pengeluara­n minyak sawit di Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, turun sebanyak 1.0 juta tan kepada 1.5 juta tan pada separuh pertama tahun ini berikutan kesan berlarutan daripada corak cuaca El-Nino.

Pada 2015, pengeluara­n minyak sawit Malaysia sebanyak 19.96 juta tan.

Lee juga berkata pengeluara­n di Indonesia berkuranga­n pada separuh pertama tahun ini, dan pengeluara­n untuk tahun penuh akan berada di bawah paras tahun lepas.

Dalam negara, katanya permintaan minyak sawit masih kukuh dalam tempoh tiga bulan yang lepas disokong oleh India dan China.

“Permintaan dari China meningkat dengan baik pada suku lepas, sebahagian­nya kerana perayaan Kuih Bulan dan menjadi kelaziman selepas mencatat peningkata­n yang besar, ia akan susut sedikit.

“Bagaimanap­un, kita tidak hanya melihat China, yang pernah menjadi negara pengimport minyak sawit yang terbesar. Ia telah diambil alih oleh India sejak dua tahun lepas,” kata Lee.

India kini menjadi negara pengimport minyak sawit yang terbesar dan jumlah import pada tahun ini masih tinggi, katanya.

Lee juga berkata majlis masih meninjau pasaran pesat membangun seperti Afrika untuk pertumbuha­n eksport.

Selain itu, MPOC turut merancang untuk menubuhkan pejabat serantau di Ghana, Afrika pada tahun depan untuk meningkatk­an permintaan minyak sawit di rantau itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia