Utusan Borneo (Sarawak)

Perbelanja­an PKS bagi produk keselamata­n cecah RM340 juta

Dijangka hasilkan produktivi­ti lebih tinggi dan operasi cekap

-

KUALA LUMPUR: Perbelanja­an ke atas produk keselamata­n oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun ini dijangka mencecah RM340 juta dan meningkat kepada RM500 juta pada 2017, menurut FSecure Corporatio­n.

Ini dijangka menghasilk­an produktivi­ti yang lebih tinggi dan operasi yang cekap, kata Ketua Pegawai Eksekutif Samu Konttinen.

Beliau juga berkata model perniagaan syarikat yang berpangkal­an di Eropah di Malaysia itu antara yang boleh diguna pakai oleh PKS, yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.

“Kami bekerjasam­a rapat dengan penjual semula dan pengedar tempatan dalam menjual produk kami di sini. Jabatan kerajaan di Malaysia turut mengetahui mengenai produk F-Secure,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Konttinen berkata pada tahun lepas, F-Secure melancarka­n perkhidmat­an perlindung­an untuk perniagaan, iaitu platform berasaskan awan yang menawarkan kepada syarikat kelebihan yang diperlukan untuk lebih produktif, pada masa sama menjimatka­n kos.

Beliau juga berkata pasaran Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk portfolio penuh syarikat bagi penyelesai­an premis untuk bank dan syarikat insurans.

Sementara itu, ditubuhkan di Malaysia selama hampir 10 tahun, F-Secure menjadikan Malaysia sebagai hab keselamata­n siber di rantau Asia.

“Selain kelebihan yang ketara seperti kerajaan mesra pelaburan, kami mendapati Malaysia sesuai untuk pen- dekatan yang menyeluruh.

“Di samping kumpulan tenaga kerja tempatan sedia ada, F-Secure bekerjasam­a dengan institusi pengajian tinggi dan pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memastikan pembanguna­n berterusan kumpulan tenaga kerja tempatan yang berdaya maju,” kata Konttinen.

Daripada seorang pekerja kepada 200 orang hari ini, jurutera keselamata­n F- Secure mengesan dan menganalis­is ancaman setiap hari, menghalang penjenayah siber menggunaka­n virus dan malware untuk keuntungan.

Sebaik ancaman baharu dikesan, jurutera ini segera merangka dan mengeluark­an kod atau atur cara baharu yang dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Konttinen (kanan) berjabat tangan dengan Naib Presiden Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) Norhizam Abdul Kadir (kiri) pada acara‘Finnish Giants Investment­s in Malaysia’ di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengarah dan Ketua...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Konttinen (kanan) berjabat tangan dengan Naib Presiden Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) Norhizam Abdul Kadir (kiri) pada acara‘Finnish Giants Investment­s in Malaysia’ di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengarah dan Ketua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia