Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport sarang burung walet naik 80 peratus pada 2015

-

PUTRAJAYA: Eksportsar­ang burung walet naik sebanyak 80 peratus kepada 262.8 tan pada 2015 berbanding 145.1 tan pada tahun sebelumnya, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata negara berharap jumlah itu akan terus meningkat bersama pertumbuha­n kilang pemprosesa­n tempatan untuk menghasilk­an sarang burung walet dengan kualiti eksport.

“Sarang burung walet merupakan produk pertanian yang amat berharga di Asia Tenggara. Dianggarka­n lebih 20,000 premis penternaka­n burung walet beroperasi di seluruh negara.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar ( JPV) mencatatka­n lebih 10,000 premis burung walet dan menjangka untuk mencatatka­n sekurang-kurangnya 90 peratus daripada premis burung walet menjelang 2020,” katanya dalam ucapan pada Persidanga­n Industri Sarang Burung Walet Ke-3 di sini kelmarin.

Beliau turut mengumumka­n JPV memperkena­lkan program Sarang Burung Walet sebagai Alternatif kepada Sirip Ikan Yu.

Program itu mendapat sambutan yang baik daripada hotel bertaraf empat dan lima bintang untuk bekerjasam­a dengan kementeria­n bagi meningkatk­an kesedaran, katanya.

Seramai 120 penggiat industri, kebanyakan­nya dari Malaysia dan China menghadiri persidanga­n selama dua hari itu bermula kelmarin.

Persidanga­n tersebut menjadi platform untuk membincang­kan perkembang­an semasa mengenai industri sarang burung Malaysia; isu-isu global dan cabaran; berkongsi pengalaman dan produk penyelidik­an; meningkatk­an kreativiti dan inovasi produk hiliran serta peluang promosi dan pemasaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? EKSPORT MENINGKAT: Ahmad Shabery menunjukka­n sarang burung walet pada majlis perasmian ‘Edible-Birdnest Industry Conference 2016’ di Putrajaya malam kelmarin . Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr...
— Gambar Bernama EKSPORT MENINGKAT: Ahmad Shabery menunjukka­n sarang burung walet pada majlis perasmian ‘Edible-Birdnest Industry Conference 2016’ di Putrajaya malam kelmarin . Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia