Utusan Borneo (Sarawak)

Projek biomass dijangka tarik pelaburan bernilai RM3 bilion

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menarik pelaburan projek biomass bernilai RM3 bilion bagi tempoh 2017 hingga 2018.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pada masa ini, para penggiat tempatan dan antarabang­sa industri berkenaan masih dalam peringkat membincang­kan projek-projek berteknolo­gi tinggi yang mampu menghasilk­an pulangan lumayan.

“Apabila projek itu dimulakan kelak, kita mempunyai potensi untuk mewujudkan hab biomass di rantau ini kerana kaya sumbernya seperti sisa minyak sawit.

“Projek- projek ini akan melibatkan pelabur sektor perladanga­n dan (pengurusan) sisa,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Persidanga­n Antarabang­sa Biomass Malaysia (IBCM 2016) di sini, kelmarin.

Terdahulu, Mustapa berkata Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan sejumlah 12 projek biomass bernilai RM151.3 juta bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

“Projek- projek ini ter- masuk penggunaan tandan buah sawit yang kosong serta sisa kilang penapis bagi menghasilk­an baja organik.

“MIDA meluluskan sejumlah 40 projek biomass bernilai RM724.9 juta pada tahun lepas yang membabitka­n RM423 juta pelaburan domestik dan bakinya pelaburan asing,” katanya.

IBCM 2016 itu menghimpun­kan para penggiat tempatan dan antarabang­sa yang terlibat dalam rantaian nilai biomass bagi membincang­kan perkembang­an industri itu serta cara bagi memajukann­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia